Social Icons

Thursday, June 30, 2011

reward

gambar sunset ni tiada kena mengena dgn entry. cuma saya tgh bayangkan kalau dapat menikmatinya. sekarang. hehhe:)



kerja menimbun, tapi hati teringat kat blog. lalu untuk lebih afdal dan tak terkenang2, harus tulislah entry barang sebaris dua:p

hari ni saya simpulkan sebagai hari gelabah sedunia, eh saya sorang saja sbnrnya , haha. pagi tadi ada monthly R&D meeting kami, di mana setiap researcher / technician perlu bentangkan progress report bagi penyelidikan masing-masing. sebenarnya saya dah bersedia, dari kelmarin slide dah pun siap. T.A.P.I, entah mcmana saya terfikir beberapa lagi info semasa driving ke tempat kerja. jadi, sampai saja di pejabat pagi ni saya pun gatal menggodek2 lagi slide yang dah pun siap sebenarnya, padahal mesyuarat dah nak mula pukul 9:00 pagi. seperti biasa, kalau tengah gelabah, maka ada saja yang tidak sempurna.

Messed! mess sangat presentation saya akibat tamak semua nak cerita, maka si penglipur lara pun jadi tak tentu hala. boleh lupa pada satu term yang sepatutnya dipakai. sampai gedik bertanya kat barisan doktor2 yang duduk depan. adoi. tak best langsung. tak puas hati, rasa nak present sekali lagi. haha. selesai mesyuarat sempat pulak tu ditegur dengan gelak tawa oleh puan doktor timbalan "what happen to you fatihaa?"
so, boleh bayang dah kan?

ermm, terlalu banyak task sejak 2,3 minggu ni. semuanya dateline dekat2, itu belum masuk mesyuarat. sampai sang suami gelar saya "meeting officer" MO instead of RO:P jadi, sebagai langkah untuk menjamin saya tak lupa setiap tugasan dan agar tugasan dapat disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan, checklist amat2 lah perlu di saat2 ini. memang kena letak tepi apa yang kurang penting dan tidak urgent. dah lama tak bawak kerja balik rumah, tapi akhirnya kembali menghadap kerja di malam hari sampai 3,4 pagi. lama dah tak macam ni.

malam ni saja malas nak pegang apa-apa. merehat dan me-rewardkan diri dengan menulis sebaris entry (sebaris la sangat kan?:p), padahal masih banyak lagi kerja yang menanti ni. harap dengan rehat yang cukup ni dapat siapkan diri untuk esok hari, sebab kena menghadap bos dengan minit mesyuarat lepas yang 20 muka surat tu. dan ada 3 report yang kena dibentangkan minggu depan tak siap lagi. itu belum masuk hutang assignment yang boss kasi, kena masuk lab pulak untuk selesaikan hutang tu. huhu.


saya rindu orang yang jelir lidah ni:P





Sunday, June 26, 2011

Keputusan mini give-away :))

Assalamualaikum!

Ampun, beribu ampun. Buat mini give-away tapi takda keputusan lagi.
Adoi. Ampun yehh!

Kesibukan melanda, hingga terpaksa men-delaykan announcement keputusan.
Keputusan dan ada, cuma tak tertaip entry baru je, huhu.

Kami berdua telah buat keputusan dan ke Legend Water Chalet, PD dan kemudian ke Bukit Tinggi pada hujung minggu lepas. Mulanya hanya nak ke Legend untuk 3 days 2 nights, tapi hanya dapat booking 1 malam saja, memandangkan the next day dah full house. Jadi, untuk memanfaatkan hujung minggu bersama, kami sepakat ke Bukit Tinggi pulak keesokkan harinya. Thanks tips2 anda semua ya;)

dan oleh ituuu.... keputusan nyer adalah...

Jeng...Jeng.. Jeng.....


>


>


>


>


>


>


>>> KEPUTUSANNYA :

1. ciketon fazya
2. bella
3. Lawyer separuh Masak


pls do email me your address(es) yaaaa!!
something is waiting for youuu!!!
^_^


few pics to share;)

@colmar tropicale

@japanese garden


@ legend water chalet


p/s : insyaAllah entry untuk kedua trip ini akan ditulis dalam masa terdekat.
insyaAllah :)))



Wednesday, June 1, 2011

m.r.s f.a.r.i.z.a.l mini giveaway :: just the nature & two of us :)

Assalamualaikum!

Ada sedikit keinsafan melihat blog ini sepi tidak berpengunjung, sehari tak sampai pun 30 unique visitors. itu pun hasil search engine.

sejak dua menjak ni sibuk dengan kerja, macam biasa bila KPI mesti dituruti. tak lama lagi dasar 360 pulak. tak perlu komen sbb saya hanya yang munurut perintah. sibuk juga dengan blogshop, bila dah mula maka kena bagi komitmen juga walau hanya bkesempatan di malam hari. kalau tak nanti orang nyampah pulak, dari berminat nak beli, terus tak jadi:P semenjak dua menjak ni jugak migraine makin kerap menyerang tak kira masa. pantang salah makan, pantang panas terik, pantang fikir lebih sikit, dia tak tunggu dah terus singgah.



ok, taknak fikir banyak2.
saya terfikir sesuatu...!
a quick honeymoon! :P

kalau tiada aral Jun nanti saya diarahkan berkursus 4,5 hari di sekitar Lembah Klang. Waktu itu sang suami insyaAllah sedang bercuti. maka terfikirlah saya untuk terus ke destinasi percutian yang berdekatan sebaik tamat kursus boleh terus pergi. dah lama tak berdua2an selain ke tempat yang bermotifkan membeli belah. baru2 ini pi singapore shopping sampai universal studio pun tak sempat nk jengah, pi kuantan wedding ukm-mate masa suntuk, pi padang besar pun lagi lah shopping, pi hatyai sah2 la shopping.


kali ini kami decide... biar yang dekat tapi damai:P
yang boleh sampai menaiki kereta, tak perlu naik kapal air mahupun kapal udara.
yang menenangkan, yang nyaman, kalau boleh tanpa gadjet, tanpa shopping complex.
kenapa tanpa shopping complex ?
sebab nanti matlamat tersasar:P
seperti di 'shout-out' FB saya "just the nature & two of us"


google sana sini survey apa yang dapat mendamaikan di sekitar
Selangor, KL, Pahang, Negeri 9, Melaka...
Maka hasil survey jumpa laaa .......















mana lagi kalau tak kota keriangan, Genting Highland




Haaaaaa...! cer bagi pendapat skit.. destinasi mana yang berbaloi dan boleh mencapai sasaran KPI. kalau ada destinasi lain pun bolehhhhh:P
eh bukan KPI, capai matlamat "just the nature & two of us".. :P
keempat2 tempat ni kami berdua belum pernah pergi sbg suami isteri.
namun ada antara kami yang pernah pergi atas urusan kerja atau dengan family masing2 sebelum kawen dulu :)


3 cadangan bernas akan dapat souvenirs istimewa dari destinasi yang akan kami lawati nanti :)
*hehe, mini-giveaway yang tak seberapa. kalau ada sambutan boleh buat selalu ^_^
* anda hanya perlu tinggalkan komen dan jejak di ruangan komen di bawah
* tarikh tutup : 1 Jun 2011*



p/s : hati saya macam dah terlekat di Legend Water Chalet, PD bila baca blog my-bittersweetlife ni :P


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...