Social Icons

Saturday, August 21, 2010

sahur 11 ramadhan:)

balik kerja semalam singgah ke param stadium. Buat yg bkn warga ipoh,param ni kat carpark stadium indera mulia. rasanya yg terluas di ipoh, berbanding param medan gopeng dan param lain area ipoh. (sebelum citer pasal sahur, kasi intro jap pasal param:p)

Param luas, parking luas, pengunjung param pun makin ramai. yang muslim dah tentu sibuk mencari juadah berbuka, walau puasa atau tidak belum tentu, kaum india cina juga turut memeriahkan suasana. Mmg meriah! Bertuah kaum lain sbb hari2 dapat menikmati juadah yg pelbagai, tunjuk saja mana nak, mewah sungguh.whuhuuuu..


Teringat insiden di param batu gajah beberapa hari lepas,sekumpulan wanita (bkn budak2 atau remaja yer..wanita dewasa) kaum dirahsiakan, dgn syoknya minum air tebu dan makan kuih sambil berjalan dgn gaya selamba mcm pergi pasar malam, seluar pendek hat peha dan singlet.
walau saya dah dewasa dan taklah tergugat mana dgn aksi mereka (aksi minum air tebu), apatah lagi pakaian tu, perempuan sama perempuan sikit ai tak heran ok? sebab yelah,mana mungkin mereka faham pengertian bahawa orang muslim yang berpuasa tu bkn setakat berpuasa makan & minum tapi kena puasa jaga serba serbi..

Tapi sekurang-kurangnya saya rasa mereka maklum org muslim satu dunia tidak boleh makan dan minum. mmg lah polis takkan tangkap mereka sebab makan di khalayak ramai,
tapi kalau difikirkan macam kurang proper rasanya. itu pendapat saya je lah. kesimpulan yang boleh sy buat adalah mereka ni kurang sensitif dgn persekitaran yg majmuk:-)

yang lebih sakit mata bila melihat orang perempuan muslim juga turut berpakaian menjolok mata. memang kurusss puasa orang yang melihatnya. nipissss lagi puasa yang empunya badan. terus saya maafkan orang non-muslim tadi, sebab lebih malu rasanya tgk orang muslim yang bersinglet dan seluar ketat. entah, malas nak komen lebih2. siapa saya nak tentukan dosa pahala mereka.


ok,sekarang masuk topik juadah bersahur subuh ni pulak..heeeehee (i loike):-) ada 2 menu baru hasil dari param stadium semalam iaitu nasi beriani gam lauk kambing dan lamb grill.
dua-dua kambing. agaknya semalam selera saya selera kambing:p Nampaknya percubaan tak sia-sia, memang sedap, boleh bagi 4.5 over 5.0 untuk beriani itu. Lamb grill tu pun sedap giler.
Dia buat cucuk2 macam satey tu, 1 cucuk RM4.00. Rasa saya macam agak mahal jugak, tapi sebbaik lah sedap kan. (senyum sampai telinga)


pastu subuh ni saya buat roti arab dan ada sambal tempe jugak, dan juga daging masak kicap. maka en.rizal tersayang terus bagi sebijik "ni nak berbuka ke sahur ni". hahahaha! dush!
sebenarnya saya seorang diri ke param semalam, tu pasal berlaku fenomena ikut-napsu-sume-nak-beli. dah la beli beriani gam & lamb grill kat param, pastu ditokok tambah pulak dengan daging masak kicap & sambal tempe, roti arab lagi.

sahur kali ni en.rizal cepat surrender, dia dah surrender sambil tengok NurKasih, hanya saya yang tak surrender2 syok cicah roti arab dengan lauk beriani & tempe, sampaikan kena smash sebijik lagi "ingat2 skit makan tu, jeling2 jam" hahahaa...dush lagi! gamaknya dah lama tak pekena kambing kot saya ni, tu jadi lain macam subuh ni:p


hari2 masa sahur,kami pekena spirulina elken untuk menambah tenaga di siang hari sampailah ke malam hari supaya boleh bertahan tak mengantuk waktu terawih:) memang betul2 membantu tau elken spirulina ni. lagi info pasal spirulina di sini.

ok,ada masa nanti saya tulis lagi:)

2 comments:

miss lisa said...

yey! berjaya..

about the spirulina. ive been using KORDEL's and ya, ia sangat memberi tenaga..

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

berjaya. hhehe.
klu pregnant pun elok makan, baby pun amatlah "bertenaga";)---> kakak ipar aku cakap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...