Social Icons

Friday, August 20, 2010

take a break

10 ramadhan. Jumaat.

Lepas bersahur subuh tadi, semasa nak dapatkan mood nak mandi (alasan:p), saya sempat browse beberapa tips untuk blogger especially yang beginner macam saya. Sebelum ni tak terfikir langsung pasal “earning”, pasal “blog traffic”, pasal “unique visitor”, pasal “shout-out box” dan pasal macam2 lagi. Sewaktu jari ni menulis 1st entry pada 2007 dulu (hanya 1 entry utk tahun 2007 ok?:p) purposely hanya untuk melontar royanan, melepaskan apa yang terbuku serta menzahirkan perasaan. Typical blogger. Fullstop.

2008 sepi tanpa sebarang entry. Masa tu gamaknya langsung terlupa fatihashuhaimy.blogspot.com ini telah didaftarkan dengan blogger. Ekekeke. Atau gamaknya kerana masa tu baru lepas kahwin dan sibuk melayan en.suami tersayang?:p hihii.. macamlah orang lain tak bersuami kan, alasan!

2009, di pertengahan Julai. Baru wujud entry kedua di blog ini. Itu pun sekadar satu survey yang saya paste dari sahabat bernama NurLisa (oh i miss u liss!). Sungguh menyedihkan:p maka selepas itu, terus ada semangat untuk meneruskan penulisan! Hasilya pada hujung tahun 2009 terhasillah 46 entry untuk tempoh separuh tahun kedua itu. Hakhakhakk... ada improvement jugak kan? Dari 1 entry / year kepada 46 entry per year! 460% hakhak.

2010 bermula dengan baik, pantang ada waktu terluang, saya menulis. Sering ambil gambar. Juga jadi lebih sensitive dengan perkembangan sekeliling. Termasuk entry ini rasanya baru 54 entry bagi 8 bulan di 2010 ni. Awal-awal tahun dulu saya diperkenalkan kepada blog HanisZalikha oleh siapa lagi kalau tak Nurlisa. Ada suntikan semangat bila tengok blog dia berjaya, walaupun dia seorang student and of kos seorang model. Ada unsure jeles juga di situ tengok orang lain memblogkan diri. Saya cuba memperbaiki hasil tulisan saya supaya berinfomasi untuk pembaca.

Ops, 3 paragraf rupanya introduction! Maaf yer. Itu lah kronologi dunia blogging saya. Sekadar berkongsi!

Yes, lepas sahur tadi, saya baru tergerak nak browse tips untuk menjadikan blog ini bukan sekadar blog. Saya ingin jadi seperti EnMello
, CikguDahlia, CikDunia-sebelah-zara, CikRed, CikKancilBiru dan EnDausPozi! Sungguh jeles dan kagum dengan keikhlasan mereka menulis dan atas keikhlasan itu maka mereka layak diberikan penghargaan, dan deserve tempat di hati blogger lain.

Buat kawan2 blogger ataupun yang belum bermula, jom kita manfaatkan ilmu2 dari OTAI2 di atas. Erm, saya tidak akan copy-paste segala tips dari blog mereka dalam entry ini, memadailah kiranya saya beri link ya! Rajin-rajinkan diri untuk klik link mereka dan lepas tu jangan lupa tinggalkan komen di bawah selepas baca entry ini..hehehee…!

Sehingga saya menulis lagi.

3 comments:

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

cemana nak jadikan ruangan komen ni lebih menarik? huhuhuuu...

miss lisa said...

ah! patut tergerak hatiku untuk membaca blogmu!

he he he
beb..i have moved to a new blog sebab yang lama dah penuh..

boleh tukar/ add link blog baru aku kat mu nya blog ni?

www.sejakduamenjak.wordpress.com

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

lisa!! whuuhuuu
great! leh kite exhange link yer.
btw hg balik raya bila? and cuti sampai bila beb?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...