Social Icons

Monday, August 30, 2010

1Malaysia Menjana Transformasi&tol PREE!

semangat lepas sahur hari ni. semangat merdeka. semangat jalur gemilang. semangat blogging. semangat jugak menyahut kempen 1 blog 1 bendera ini..!

dengan murah hati Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd (LITRAK) memberikan tol percuma selama tempoh 24 jam bermula 12.00 tengah malam ini (malam 31 Ogos) hingga 12.00 tengah malam keesokkan hari. terima kasih daun keladi.

Selain itu, Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Seremban-Port Dickson; Linkedua Sdn Bhd (Johor Bahru ke Singapura) serta Elite Sdn Bhd (Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah) juga turut memberikan diskaun sebanyak 20% pada hari kemerdekaan tahun ini. bagus kan. tol dah pree, jadi memandulah secara berhemah. ngeri bila dengar kisah kemalangan di hari2 perayaan, mohon dilindungi dari sebarang musibah sempena hari bersejarah tahun ni.

di kesempatan ini jugak, sempena hari penuh bersejarah diucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53 buat semua warga Malaysia tak kira di mana berada. sambutannya pulak akan diadakan tertutup di stadium bukit jalil sempena bulan mubarak ni. sama-samalah kita renungkan erti kemerdekaan dan melakukan transformasi ke arah yang positif..!

klik sini untuk lebih semangat 1Malaysia Menjana Transformasi..!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...