Social Icons

Sunday, April 25, 2010

cuci cuci dan majoriti 1,725 undi


di sebalik kesuspenan sekalian warga hulu selangor yang nak menentukan siapa yang bakal jadi pemimpin mereka, kami berdua pulak telah memberikan 110% komitmen untuk mencuci rumah baru yang baru siap major renovation pada weekend yang sangat hot ini.

langsung tak merayap ke mana-mana, survey perabot pun tidak, survey lampu kipas pun tidak, survey kitchen appliances pun tidak, sebab semua alhamdulillah dah complete beli beransur-ansur. rumah pun dah siap reno, jadi untuk memaksimumkan cuti en.rizal yang berbaki kurang seminggu kami sepakat nak cuci rumah, hehe. letihnya sampai sekarang macam nak pengsan (padahal elok je boleh tulis blog). mana taknya, betul2 kami 2 orang ja yang mengerjakan atas bawah rumah tu. debu tak usah cakap, bukan seinchi, kurang skit dari sejengkal gamaknya. tambah lagi kat dining & living area yang bersebelahan dengan concrete slab yang dibina di luar. nak tercabut jugak tangan menyental.

tapi syok punya pasal, habis basah kuyup yang luar dan yang dalam, tak sempat nak snap gambar beria-ia. so takda bukti betapa sengalnya tulang 4 kerat ni untuk tatapan semua. Tapi sebelum balik tadi sempat saya snap gambar plaster ceiling kami yang alhamdulillah dah siap sepenuhnya.


@ Living & dining area : sangat simple, design lekuk 'S" tu en.rizal yang design sendiri tak lama dulu. saya takda contribution idea langsung sebab dia fikir sorang2 tengah2 malam buta. tau2 esok pagi en. rizal tanya saya "ok tak design ni?" then kami terus proceed. hehe.



@ Dry kitchen : design ni paling simple, takda curve. lurus aje

untuk dikongsikan bersama, kos untuk plaster ceiling ni agak berbaloi. harga yang kami dapat ialah RM2,900.00 untuk car porch, living & dining area, dry & wet kitchen dan concrete slab belah tepi yang kami tambah. kiranya cover semua area kat tingkat bawah, plus 2 area kat luar rumah (car porch & concrete slab tepi. alhamdulillah, kami puas hati dengan hasil kerja kontraktor ni. first time tengok orang pasang plaster ceiling, rupanya daripada banyak keping, bila dah plaster & cat terus cun, ingatkan datang sekeping besar gedabak tu. hahahaa. ape la teha =p

pasal rumah, ini saja buat kali ni. setakat ni progress alhamdulillah, dah mula nampak & bayangkan cemana lah rumah kami nanti. grill sengaja tak pasang lagi. dah complete major reno ni, baru nak pasang lagipun bukan ada apa barang penting dalam rumah. So now, lepas cuci ni, nampaknya boleh dah install customade cabinet utk dry & wet kitchen and wardrobe untuk bilik. wah, tak sabar!

sebelum entry ni melabuhkan tirai ewah ewah, tahniah kepada P. Kamalanathan tersayang kerana telah menang P94. di Hulu Selangor, sila tunaikan janji BN kata nak bagi RM 3 juta untuk pembinaaan SRKJ(C) di sana kelak. Jom layan keputusan undi di http://www.malaysiakini.com/news/130185.

sekian, selamat malam.

9 comments:

yatt said...

salam farizal...
just nak tanya nama kontraktor yang buat plater siling umah u?
makasih

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

yatt,

nama kontraktor tu Ah Chong. Phone number dia 012-5081552.

itisme said...

salam...
tumpang tanya..berapa lama masa kontraktor tu amik nk buat plaster siling tu ye..?hasil keja dia mmg ok ek?sbb ada dgr kes kawan sy 3kali runtuh plaster siling dia..so nak la pilih kntraktor yg betul2..& u ada cntact no kontraktor yg buat grill yg ok x...?10q..

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

Salam,

Untuk plaster ceiling biasanya tak lama, kami punya dulu rasanya around 2-3 hari dah siap.

Sy pun ade dengar cerita plaster ceiling runtuh etc, especially yang minat buat cornice & dome yg design heavy2. kami punya simple saje, alhamdulillah setakat ni takda prob;)

grill yer, nnt sy tanya suami, sy tak simpan no org buat grill pulak, huhu. sorry

itisme said...

ok xpe, kalau ada no gril nnt tlg bg ek..plaster siling tu,dia akan bole terus mula keja lepas kita booking or dia kena prepare bahan dulu..?&1 lg,kalau kita nk letak downlite,kita bg beli downlite siap2 bg ah chong pasang (dia buat wiring sekali ke?) or,dia kena buat keja sekali dengan org kedai lampu..?10q..

itisme said...

opss sorry terlupa lg 1, ah chong tu buat ke plaster siling yg ada kayu..?sorry jgn mrh byk plak tnya..xsempat lg nk call si ah chong tu...

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

takpa, no hal punya, tanya banyak2 lagi, hehe;)

Plaster ceiling tu biasanya 1st apmnt dia akan dtg rumah kita & diskas nak buat design cemana, dia amik measurement bagai. lepastu bergantung pd material & design yg kita pilih, sbb depa order brg kan.

2nd apmnt biasanya depa dah leh terus buat.

psl downlight pulak, mcm kami aritu, kami siap2 beli downlight. jadi bila org plaster pasang ceiling kami suruh depa tebuk sekali ikut saiz dlight kami kat position yg dah dikenalpasti tu.

downlight ni dua2 cara pun boleh, samaada org lighting house yg pasangkan & tebukkan lubang, or org plaster ceiling pun boleh kalau depa setuju. kadang2 lighting house byk promotion free installation jugak;)

apapun, seeloknya beli downlight dulu, sbb downlight pun ada mcm2 saiz (4inch,6 inch), ada bulat ada segi. kedalaman pun tak sama.

plaster ceiling kayu tu sy tak sure pulak, kena cuba tanya tu;)

itisme said...

ok 10q...er..dpt ke no grill tu ek..?sy smpai skrg x jmpa lagi kontraktor gril ni..kalau ada pun ingat nk mtk byk2 quotation nk cmpare harga...

Nur Raihana Abd Rahim said...

murahnya..kat kl ni kalau untuk rumah setingkat bhg luar sj tak masuk bilik dah cecah 3-4k..menurut kontrkator yg sy lantik tuh la..rumah sy buat cornice saja satu rumah setingkat dah 2k katanya..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...