Social Icons

Monday, August 16, 2010

sepetang di teluk anson


memperkenalkan pekan kecil yang berhampiran dengan kampung halaman saya, iaitu pekan teluk intan. siapa pernah naik menara condong ni, angkat taangannn!:p ok, sebelum kena kutuk, saya mengaku bahawa saya sendiri tak pernah naik menara ni, jangan marah ok? sebab dah selalu tgk, jadi takda feel nak naik atas tu. apapun, satu hari nanti saya berazam akan naik jugak, hehe.

Sedikit sejarah mengenai teluk intan (kalau google pun berlambak info) yang saya nak jugak share.
  • Nama asalnya Teluk Mak Intan. Seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik. Gadis ini mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak. Sejak itu diberi nama Teluk Mak Intan. Kemudiannya Telok Mak Intan telah ditukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu.

  • Menara Condong : Menara ini menjadi titik tumpu kepada bandar Teluk Intan. Uniknya condong seperti Menara Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong, setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3 tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini, menara ini tidak digunakan lagi.
Sekian mengenai sejarah, oh, teringat bapak yang sangat marah pada saya sebab tak boleh nak score matapelajaran sejarah masa periksa kat sekolah dulu, dan teringat jugak bila keputusan SPM keluar saya bagai nak pengsan tgk keputusan sejarah A2, ajaib sungguh:)

Kini mengenai tujuan utama ke pekan teluk intan. tidak lain tidak bukan adalah ke pasar ramadhan (entry pasar ramadhan akan menyusul kemudian, ok:p), serta beberapa hajat lain seperti membeli barang-barang kelengkapan hostel untuk en.noramin.

salah satu destinasi adalah ke "kedai tokong"
iaitu deretan kedai di tokong cina yang popular sebab menawarkan khidmat alter pakaian dengan harga yang lebih murah berbanding tempat lain. Jadi kalau nak alter seluar ke, potong jeans ke, alter baju melayu ke maka biasanya kami ke sana.

Kali ini nak alter seluar baju melayu en.amin. oh sungguh jeles kerana baju raya dia sudah siap, sedangkan belum satu pun saya punya baju raya siap. Uwaaa. Harap kisah baju raya tak siap macam tahun lalu tidak berulang lagi. TAPI kalau berulang pun bagus juga, sebab last minute boleh beli readymade pulak dek kerana baju raya tak siap kan. Ini salah satu taktik ngelat:p

Model untuk entry ini adalah en.amin dan ciknani. En.rizal tiada dalam gambar sebab terpaksa menunggu dalam kereta:p kuruskan cik nani? Gamaknya seluruh zat serata badan dah di salurkan kepada kakaknya tersayang ni, hingga menyebabkan kebuntalan saya yang tak dinafikan lagi. Oh, saya jeles!



Kejelesan terhadap kekurusan cik nani terbantut bila melihat outlet GeorgeTown White Coffee di aras bawah The Store Teluk Intan! sekali pandang persis gaya Old Town White Coffee. gayanya, warnanya, logonya, setup restaurantnya, cuma menunya saya tak pasti sebab tak berpeluang nak masuk (puasa kan!:p). adakah saya yang baru tahu kewujudannya? kat tempat anda wujud kah? tertera di bawah papan iklan tanda HALAL yang diberi oleh Islamic Food Research Centre Asia.


Entahlah, selepas keraguan terhadap OldTown White Coffee yang telah menjadi pujaan sejak 2005 dulu, saya masih ragu terhadap mana-mana kopitiam sekalipun. Oleh itu, saya sarankan pada en.rizal agar bukak kopitiam halal, agar pencinta kopi seperti isterinya ini boleh mengopi tanpa ragu lagi! siapa sokong?? hihiiii...


sekian, hingga ketemu dalam entry "sepetang di pasar ramadhan":))

2 comments:

emy said...

selalu gak g T.I tp tak pernah lak tau ada kedai kt tokong.. hehehehe...

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

heheh.
kami mmg g kedai ni je kalau nak alter pape, murah:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...