Social Icons

Tuesday, August 24, 2010

entry di kala lunch break

baru lepas buat labwork dgn labmate semua.
mata sebenarnya berat nak berlabuh, tapi di tahan-tahan.
sebab petang nanti ada lagi task yang perlu disambung.
tak seronok buat kerja sambil bengkak mata tanda baru lepas lena.

semangat hari ni nak mulakan kerja.
semalam big boss panggil meeting untuk tanya progress unit.
segerombolan sekawan pun ni pun pergi mengadap big boss.
dalam hati suspend jugak, sebab apa-apa hal saya yang answerable untuk setiap hal.
takboleh nak ngelat ok. beratnya amanah!

alhamdulillah, nampaknya big boss puas hati bila dengar kemajuan kami.
senyum dia bila dengar beberapa findings yang berpotensi untuk diketengahkan lagi.
bukan satu yang kami laporkan, tapi tiga. ketiga-tiganya mampu bersaing dengan produk2 lain di pasaran kalau diketengahkan dengan cara yang betul (since we serve for the government, its not that easy to commercialise our product).

excited dengan apa yang telah dilaporkan, big boss terus teruja nak melawat lab kami. katanya nak tgk "in real" apa yang kami sebut2kan. alhamdulillah sekali lagi, big boss senyum sampai telinga lagi. big boss terus suruh submit semua write-up & bagi green light untuk kami proceed dengan proper packaging dan pamplet promosi. Sekurang-kurangnya kalau belum boleh dikomersialkan ke pasaran pun, boleh digunapakai oleh mana-mana researcher lain dalam jabatan, RI lain serta universiti!

untuk senyuman big boss itu, lalu saya dengan besar hati mengucapkan tahniah tak lupa ribuan terima kasih kepada semua lab-mate unit monoklonal di atas segala effort dan contribution setiap orang! En Ali sifoo, cik naama, en fuad, mr ganesan & en.atan. million of thanks guys!

p/s: nak celebrate makan2 bulan puasa pulak, KIV raya nanti!:D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...