Social Icons

Monday, August 4, 2014

O B S E S I dan K O P I

Assalamualaikum semua. 

Bercakap mengenai kegilaan. kegemaran. obsesi. 
Terlalu subjektif kan. tak sama. 
Takda orang boleh menghalang kalau dah nama pun obses terhadap sesuatu. 

Contohnya, 
  • Yang gila tangkap gambar akan sanggup berhabisan untuk camera, aksesori, aktiviti travel untuk tangkap gambar. 
  • Yang gila memancing, akan sanggup berhabis beli joran, masa dan wang untuk memancing. 
  • Yang gila panjat gunung, sanggup beli thermal wear dan pelbagai keperluan yang paling mahal walaupun kena berikat perut. 

Orang yang TAK sama kegilaannya dengan kita, pasti akan mengutuk atau lebih teruk menghakimi. 

Contohnya, 
  • Buat apa lah snap gambar sana sini, beli camera mahal-mahal, lense beribu2. pakai camera handphone pun boleh tangkap gambar apa. 
  • Buat apa lah memancing, bukan termakan pun semua ikan yang ditangkap. 
  • Buat apalah panjat gunung, apa faedah naik gunung lepas tu turun balik? apa dapat? 

Kepuasannya hanya yang empunya badan je yang faham & nikmati. 
Itulah yang dinamakan obsesi. 
Macam obses FIFA jugak. Dang! 

Bagus kalau obsesi tu boleh mendidik diri terhadap sesuatu. Mendidik supaya sabar, menghayati ciptaan Allah, menggilap bakat, membantu yang memerlukan, menyihatkan badan, berbakti pada masyarakat, atau setidaknya dapat meluangkan masa dengan berfaedah. 

Bercakap (eh menulis sebenarnya ni) pasal obsesi, saya cuba buat perkaitan dengan kopi. Sebenarnya, saya bukan obses terhadap kopi, yag sebetulnya saya tak biasa minum minuman lain selain kopi. Saya tak biasa minum teh, milo. Tak puas. Yang puas, hanya kopi. 

JOM CERITA PASAL KOPI ! 

Kopi asalnya dari biji kopi. Di pasaran yang paling banyak dijual adalah serbuk kopi yang telah disejuk keringkan (freeze-dried) atau istilahnya kopi segera atau instant coffee atau soluble coffee dalam bentuk serbuk atau cecair. Bila sebut instant coffee, kebanyakan orang akan terfikir kopi segera hanya kopi yang dah di pra-campurkan atau 3 in 1 coffee (yang dah dicampur dengan creamer & gula). Padahal serbuk kopi di pasaran juga semuanya adalah kategori 'instant coffee'. 



instant coffee = soluble coffee = serbuk kopi 
Kopi pracampuran = 3 in 1 = kopi segera yang dah dicampur dengan krimer dan gula 
Ni serbuk nescafe kat rumah saya. nampak kan kat bawah tu ditulis "kopi segera"
Ini pula whole bean = biji kopi yang kami beli untuk dikisar sendiri. 

Yang di bawah ni pula adalah jenis-jenis air kopi yang dihasilkan semasa pembuatan. Asasnya adalah pati kopi yang telah dikisar, kemudian dimampatkan sebelum dilarutkan dalam air. Pati kopi dipanggil Espresso. 

Jenis air kopi yang dihasilkan. Asasnya adalah pati kopi = espresso

Menyedari obsesi yang tinggi terhadap kopi, saya dan suami buat keputusan untuk beli mesin kopi yang boleh mengisar dan menghasilkan air kopi secara semi automatik. Kami pilih jenama Breville, buatan Australia. Dibeli pada awal tahun 2014. Beza minum kopi segera dengan kopi yang dikisar sendiri. 

1. Kopi dikisar hanya bila hendak diminum. Kisar untuk minum 1 cawan, 2 cawan atau berapa yang perlu. Cuma perlu set di mesin. 
2. Rasa kopinya lebih umphhh. Puas. Pahitnya lekat di tekak. 
3. Tak perlu campur susu pekat manis untuk buat nescafe atau kopi susu, sebaliknya pakai susu segar = fresh milk , tak perlu campur gula kalau buat kopi atau nescafe "O". Kandungan gula tiada. 
4. Kesan minum kopi segera antaranya adalah berjaga malam atau susah nak tidur dan kencing berbau kopi. Tapi minum kopi yang dikisar sendiri senang tidur malam dan kencing tak berbau kopi. 
5. Kos pulak. Lebih kurang sama. Untuk kegunaan sebulan kami. Nescafe Gold 200g harganya RM 28.50 , Starbucks whole bean, range dari RM 30.00 hingga RM 40.00 untuk 250g. Susu pekat 5-6 tin, berbanding susu segar 4 liter (4 botol). 

mesin kopi kami

aksesori seperti jug susu, filter basket single & double, portafilter, tamper, cleaning kit






Hasil amatur seni kopi = coffee art :p






Kami masih mencuba2 pelbagai jenis biji kopi dan susu segar. InsyaAllah akan dikongsi review beberapa jenis kopi dan susu segar yang sudah kami gunakan dalam entry yang lain.



Salam aidilfitri !

4 Ogos 2014 = 8 Syawal 1435H
5:14 petang 

5 comments:

Anonymous said...

Tumpang tanye, brp kos mesin kopi ni?

Ain Adil said...

Wow..best nya ada coffe maker mcm ni.. ;)

Ain Adil said...

Wow..best nya ada coffe maker mcm ni.. ;)

Anonymous said...

Berapa harga??

Anonymous said...

Beli dimana?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...