Social Icons

Sunday, October 25, 2009

Sharing is Caring - Tips Persediaan Nak Kawen


Wah mentang-mentanglah dah kawen kan. Gambar kena guna gambar sendiri, sbb klu pakai amik je kat flickr, marah pulak tuan-tuan punyer gambo kan. Over tau. Well, apepun, sharing is caring kan. Oleh itu, kalau rasa berguna, manfaatkanlah, kalau saya mengarut saja, abaikan (tak takut ke, kot ade tips yang direka-reka kan, nahas hangpa ikut:p). Hehehe.


Ok, nama pun persediaan kawen kan, mesti lah dah ada calon isteri/suami kan. Dan anda mungkin dah pun bertunang kan. Kiranya anda dah buat pilihan lah skrg ni. Pastikan perkahwinan anda mendapat restu ibu bapa kedua belah pihak, bagi saya ‘restu’ tu besar impaknya dalam perkahwinan.


Persediaan 1

Mental : yakinkan diri bahawa anda dah nak kahwin. Percayalah!! Mmg anda akan kawen tak lama lagi. Anda dah pun buat pilihan kan..! Jadi banyak benda kena sedia, bear in mind, banyak komitmen kena dipikul nanti. Kalau tak sure betui ke aku ni nak kawen, baik la nanti-nanti je kawen tu. Maksud saya di sini, fikir habis-habis sebelum nak kawen. Saya tak suka dengar bila dah kawen tu, tak sedia nak ade anak la, tak sedia nak ade komitmen la, tak sedia nak masak la, tak sedia nak itu dan ini. Itu namanya anda belum bersedia, dan sila jangan kawen lagi.

Untuk kebaikan bersama. Perlu jugak diingat, perkahwinan anda dengan pasangan, adalah perkahwinan anda dengan keluarga mertua juga. Tanggungjawab anda terhadap mertua adalah sama saja dengan tanggungjawab anda kepada ibu bapa anda sendiri. Hukum mentaati keluarga mertua adalah sama dengan mentaati ibu bapa sendiri. Please and please tanam dalam diri baik-baik, jangan lupa sampai bila-bila.

Persediaan 2

Kewangan : Ikut mana pusing pun, memang kena jugak ade persediaan dari segi kewangan. MESTI. Tak kesah la dari sumber mana, baik simpanan sendiri, baik personal loan, baik pinjaman koperasi. Cuma hindarkan lah along. Anda nak isteri anda selamat kan, jadi piker rasional ok? Baik pihak lelaki, mahupun pihak perempuan. Pihak lelaki lebih lah lagi sebab kena bagi duit belanja & hantaran kan. Biasanya tempoh pertunangan adalah tempoh mengumpul duit bagi pihak lelaki. Tapi ade jugak yang bertunang untuk penuhi adat saja, padahal layak dah nak kawen masa tu. Ikutlah kata adat/tradisi masing-masing.

Kalau tanya saya, berapa RM yang cukup untuk kawen? Tak terjawab pertanyaan tu, sbb kalau kawen grand-macam-dato-siti RM 1 juta pun tak cukup kan. Jadi buat listing dari sebesar2 perkara hingga sekecil2 perkara, jangan abaikan walaupun seremeh mana, masukkan jugak dalam list tau!! (List ni saya akan tulis kat bawah nanti).


Persediaan 3

Prosedur : Ikut step dengan betui, OK.

a) Kursus Kawen : saya tak pasti modul skrg. Tapi kami dulu 1 hari setengah saja. Ikut saja lah apa saja modul kan. Banyak ilmu yang boleh belajar kat sana, pay attention.

b) Tarikh perkahwinan. Setengah orang suka cuti sekolah, setengah orang nak avoid cuti sekolah, macam kami, kami sengaja nak avoid cuti sekolah takut clash & krem sangat. Huhu. Lagi 6 bulan nak kawen pun, booked saja. Senang.

c) Booked Tok Kadi Tersayang. Mana tau, set punya set tarikh sekali Tok Kadi tak available pulak. Tok Kadi gi Mekah ke, gi jaga cucu ke, gi melancong ke kan.

d) Pakej Perkahwinan etc :

 Barang hantaran (boleh beli dah sikit-sikit from time to time, tunggu sales, jadi berbaloi kan)

 Kad jemputan (start draft, map bagai, pastikan betui jalan tu dan tak salah), boleh tempah dah)

 Pakej Perkahwinan (Katering, Khemah/kanopi/dewan, Pelamin, Baju pengantin, Mak andam, Hiasan bilik pengantin, Hiasan Meja Pengantin) – pilih jangan gaduh2, bincang baik2, ade psgn sbb pakej pengantin ni la yang gaduh besar,huhu) – Katering harus sekali ganda dari Kad Jemputan yang dikeluarkan, ataupun ½ kali ganda (cth – kad jemputan 1000 keping, catering mesti at least 1800 – 2000 org makan).

 Jurugambar – ambil jurugambar dari kedai gambar atau pun amatur/professional lain, jgn amik yang ala kadar, bagi saya, itulah gambar yang patut kita kenang sampai bila-bila, jadi, pastikan berbaloi

 Goody bag/souvenirs tetamu – rancang apa nak kasi, ada masa boleh pegi Bukit Kayu Hitam / Rantau Panjang / Nilai 3 untuk borong souvenirs ni. Ikut budjet masing-masing.

 Kompang/ Silat/ Marhaban

 Sistem audio & DJ


e) Sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh yang ditetapkan, ambil borang nikah di Pejabat Kadi/JAIP/JAIS etc. Ada bermacam-macam borang, saya tak pasti sama atau tidak antara negeri. Sbb kami suami isteri sama negeri iaitu PERAK. Kejor Yeop Kejor, jadi prosedur kami sama. Tak payah pindah borang ke negeri lain. Yang saya masih ingat borang kebenaran berkahwin (L/P), borang kad perkahwinan, borang akuan bujang (ofis kena buat surat). Kalau lain negeri, kena buat perempuan dulu tak salah saya, lepas tu baru pihak lelaki compile dan submit pada tok kadi.


f) Setel dah submit borang bagai, boleh lah pohon cuti kawen, macam saya, 3 bulan sebelum tu dah minta cuti kawen. 3 minggu cuti tuuu. Hehehe. Sakan kan. Gataii tau.


g) Siap dah semua, jaga hubungan anda dengan pasangan, jangan gaduh2, and kata orang tua-tua jangan selalu-selalu sangat jumpa, nanti hilang seri katanya, lagipun tak manis, yelah, bukannyer dah kawen kan, tuning je baru..


h) Pastu pulak biasanya orang darah manis ni, kata orang tua-tua jangan nak buat tak tentu hala, elakkan keluar kalau tak perlu, macam bapak saya dulu, bawak kereta balik kampong pun dia tak kasi. Hahahha. Habis tu nak memerap kat rumah saja ke bapak? Yelah, sbnrnya risau apa yang tak diingini jadi, kita kan nak menunggu hari baik.


i) Pengantin perempuan : Sebulan lagi nak kahwen, bawak-bawaklah diri tu ke Spa. Amik bridal pakej tu. Kalau kat ipoh ni, murah saja, affordable. Kat KL, carilah tempat yang anda mampu pergi. Untuk diri sendiri jugakkan. Elok jugak kalau pengantin laki tu nak Spa sama, mana aci kita je sental badan kan.

• Tips : utk facial muka, elakkan buat terlalu dekat sangat dengan tarikh kawen, sbb kalau jadi apa2 macam pengelupasan ke, jerawat keluar ke, at least BUKAN di hari persandingan anda!! Buat la sebulan awal, elak 2,3 hari sebelum OK?


j) Akhir sekali, tetapkan hati anda, jangan berubah-ubah dah, tenang2kan diri. Tak lama lagi anda akan bergelar suami/isteri. Sesungguhnya alam perkahwinan itu memang indah sekiranya anda mencoraknya dengan betul.


Lupa pulak, berpada-pada masa berbelanja, jangan berhabis duit masa majlis perkahwinan kita, bukan apa, banyak lagi yang perlu difikirkan selepas kawen nanti, contohnya rumah (kalau tak boleh beli lagi, sewa dulu, sewa pun kena duit juga kan nak masuk rumah, mau2 3 bulan deposit, deposit bil lagi kan), isi rumah (dah ade rumah, takkan kosong je rumah, takkan pengantin baru tidur atas toto kan, ahaks.), simpanan utk orang baru (nak nak klu yang mmg nak zuriat cepat, pulak tu rezeki bunting pelamin kan, kena simpan untuk baby tau, normal delivery antara RM1800 – RM3500, kalau caesarean mau RM10k tak kurang). Kena ada simpana untuk itu.


Jadi bersederhana lah, jangan niat nak menunjuk-nunjuk, yang penting berkat perkahwinan tu yang dipohon, semoga tetamu mendoakan kebahagiaan pengantin, bukan mengumpat/mengata yang bukan2, nanti dapat dosa lak kita ni sbg tuan rumah).

Sekian.

2 comments:

Are-Gya said...

i like..huhuhuuh tq

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

alhamdulillah, tips dari pengalaman yang tak seberapa;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...