Social Icons

Sunday, October 11, 2009

Spa @ Home :: How??


Twitt..twitt..saya tgh fikir apa introduction yang baik utk entry kali ini.

Ok, mungkin elok kalau saya mulakan begini. SPA (bukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yer:p) mungkin terlalu mahal untuk kita masukkan dalam budjet list/cashflow setiap bulan. Di Ipoh, dengan RM300 anda dah boleh dapat a full bridal package di SPA, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Tapi di KL dan bandar-bandar besar yang seangkatan dengannya saya tak fikir lebih murah dari harga yang saya sebutkan di atas.

Bukan semua orang mampu untuk ke SPA setiap bulan atau yang lebih rajin lagi mungkin 2 minggu sekali. Untuk masukkan RM300/sebulan dalam budjet list, saya kira tidak berbaloi dan tak praktikal bagi dijadikan rutin (unless mmg budjet anda terlebih setiap bulan & taktau nak buat apa dah). Lainlah kalau untuk occasion tertentu, nak kahwin ke, nak tunang ke, atau dapat bonus ke, dapat duit raya ke, mungkin kita tak sayang duit nak pakai duit tu untuk berSPA.

SPA bagi saya, bukan sekadar anda masuk sauna, masuk jakuzi, scrub badan, ade awek cun2 massage badan, moisturize badan, tapi lebih kepada masa untuk mem'pampered'kan diri dan rileks. Yes, point saya di sini ialah rileks. Jimat dan rileks. Bukan senang nak ambil masa untuk diri sendiri rileks sepenuhnya. Jangan ada anasir apa pun yang kacau sebolehnya. Kalau anda masih single & duduk rumah bujang saya rasa mudah untuk berSPA di hujung minggu. Kalau anda dah berkeluarga pulak, boleh aje, minta tolong husband/maid jaga anak untuk beberapa jam, bawak anak keluar window shopping/main kat park (alah, paling lama mungkin 2 jam shj). Kalau tak pun, ambil kesempatan masa husband out-station (macam saya). Banyak masa nak memerap di rumah & pampered diri.


Tips (yang telah diterjemah & ditokok tambah oleh saya) dari : http://www.ehow.com/how_2265509_have-relaxing-spa-evening.html.

1. Matikan hp anda, lupakan FB dan application & game yang best2 tu seketika. ahaks.

2. Kalau bebetul nak feeling berSPA, pasang CD lagu 'soft music', and bawak juga bersama buku/novel/majalah yang boleh temankan anda semasa berSPA. Pasang jugak candle and bakarkan wangian aromatherapy anda yang beli mahal-mahal kat living cabin ke, mana ke.

3. Kalau anda betul-betul nak jimat, 'do it yourself' semua barang SPA. Hiris timun untuk letak kat mata nanti. Jangan lupa yogurt, susu, garam laut (sea salt) jugak untuk kegunaan SPA anda. Tak lupa jugak segala sponge untuk menyental diri sendiri nanti. Tips nak sediakan barang-barang SPA 'DIY' ni insyaallah dalam entry saya yang seterusnya.

4. Jadi barang semua dah ready, apa lagi, mulakan dengan MANDI la of course kan. Err, kalau rumah ada tub mandi memang best lah, boleh masukkan sea salt/susu dalam tub mandi. Bagi yang takda, takpa, still boleh enjoy scrub badan, dan sambil-sambil massage badan. Sementara tunggu scrub tu kering, boleh buat facial sendiri. Barang boleh 'DIY' atau gunakan saja scrub muka & facial wash yang sedia ada. Tips facial 'DIY' pun insyaallah dalam entry yang seterusnya.

5. Mandi / berendam la semahu-mahunya, ambil masa rileks bebetui. Enjoy & nikmati mandi anda tu. Jangan lupa syampoo rambut & letak conditioner.

6. Dah siap mandi, pakai lotion badan. Yang ni saya takda tips DIY, jadi pakai body lotion sendiri. Hari-hari biasa mungkin liat sikit nak pakai lotion badan, yelah, on weekdays subuh subuh shafie tu lepas mandi terus je pakai baju kerja, tak sempat nak lotionkan badan ni kan. Sambil sapu lotion, sambil massage2 skit badan tu.

7. Badan dah ready kan. Jadi, boleh fokus pada muka pulak. Tadi dah cuci/scrub muka kan. Sekarang masa untuk pakai mask pulak. 'DIY' boleh dibuat dgn yogurt, susu dan timun. Kalau tak pun boleh pakai product kegemaran anda. Sementara tunggu mask, anda mungkin boleh layan novel/majalah sambil dengar lagu ke kan.

8. Setel rinse-off kan mask anda, ikuti lah step yang betul untuk penjagaan muka anda. Pakai toner, kalau ada serum pakai serum, eye cream, pastu moisturizer. So, setel muka kan.

9. Badan dah siap, muka dah siap, masa untuk kaki pulak. Rendam kaki dengan air suam, scrub kaki, then pakai heel filler, then lotion kaki.

10. Lengkap dari hujung rambut sampai hujung kaki. Lepas tu mesti anda akan rasa segar dan relief yang teramat sangat. Rasa ringan badan ni. Kalau saya, di sambung pulak dengan aktiviti memerap di rumah, baca majalah deco saya, baca novel ke, tengok HBO ke. Yang pentingnya aktiviti untuk diri anda rileks. Ahaks.

Sekian dari saya. Insyaallah entry selepas ni ialah tips untuk 'DIY' barangan SPA @ Home.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...