Social Icons

Sunday, October 11, 2009

Spa @ Home :: DIY Ingredients

Untuk entry kali ini, saya nak berkongsi beberapa ramuan spa 'DIY'. Entry ini terhasil dari research saya browse sana sini. Kalau anda rasa ianya dapat membantu, mungkin boleh cuba sendiri kat rumah ok.

1. Salt Scrub utk badan.

  • Fungsi :: menanggalkan sel-sel mati, memperbaharui sel kulit (bila sel mati dibuang, sel baru keluar, kulit akan lembut, gebu), juga akan induces pertukaran mineral & toksin dalam badan. Mmg sejenis terapi yang sangat berguna tau pakai garam ni.


  • Ramuan DIY :: Olive Oil/Minyak Zaiton, Epsom Salt, Essential Oil yang ada fragrance ikut kesukaan anda semua.

  • Cara :: Campurkan minyak zaiton dengan essential oil tu, then masukkan garam and mix well. Masukkan dalam bekas yang ditutup rapat. Boleh scrub badan dah. Senang.

# Tips pemalas nak DIY, tapi nak berSPA kat rumah (macam saya) : Banyak produk Sea Salt yang available, Body Shop ada, Beautee ade, Eucalyptus ade.


2. Facial Scrub

  • Fungsi :: Sama jugak, basically scrub memang untuk buang sel mati, jadi sel baru akan keluar dengan senang nyer. Hasilnya, muka akan nampak glow. Ahaks.


  • Ramuan DIY :: Madu & Oat. Dua barang saja. Mudah didapati.


  • Cara :: Campurkan 2 barang ni, dan sental ke muka anda. Kalau ada daun lidah buaya & limau nipis, amik lendir lidah buaya tu , perah limau nipis tu, mix dengan madu & oat di atas. Sental jugak ke muka. Yang ni saya pernah try, rumah atuk saya banyak daun lidah buaya. hehe.

# Tips pemalas DIY, tapi nak buat facial scrub sendiri (macam saya) : Apa lagi, beli je brand mana yang berkenan di hati. Sental je la muka tu. Dalam banyak-banyak brand, saya suka MaryKay Facial Scrub. Lain-lain brand saya tak pernah cuba, sbb muka ni mengada-ngada sensitip.

3. Facial Mask



  • Fungsi :: Mask pulak untuk mengetatkan pori-pori pada muka, sbb sblm ni tadi dah cuci muka & scrub kan, jadi pores semua dah terbuka kan, so kena tighten semula yer.


  • Ramuan DIY :: Avocado/timun and putih telur, atau madu & yogurt


  • Cara :: Mashed avocado/timun tu, lepas tu campur dengan putih telur tu. Tepek ke muka anda sekalian. Lepas 15 minit bilas.
    Madu & yogurt pun sama, madu fungsi untuk hidratkan jenis kulit yang kering, yogurt pulak sama fungsi untuk putih telur, ketat & kecikkan pores

# Tips pemalas DIY, tapi nak pakai mask sendiri jugak (macam saya) : Beli je. Berlambak mask. Tapi pilih ikut kulit yer, kulit berminyak kena pakai mask yang ade based susu contohnya. Kulit kering kena based yang oily sikit, contoh ade kandungan avocado/jojoba etc. Dalam banyak-banyak mask saya cuba. Saya jatuh cheenta dengan Clinique TurnAround Instant Mask. Saya dapat free-not-for-sale sample mask ni masa beli barang lain kat situ. Best giler. Mask ni masuk dapat wishlist saya untuk next month. Bulan ni dah terover budjet. hahaha.

Insyaallah, kalau ada tips lagi saya kongsi from time to time. Saya bukan rajin sangat DIY, biasa pun beli aje barang, pastu buat sendiri kat rumah, at least jimat jugak la kan. ahaks.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...