Social Icons

Sunday, October 25, 2009

Rainy day & dem astro.

Bila sorang-sorang kat rumah ni, macam-macam jugak saya buat, bace budjet 2010 la, fb sudah tentu, me'laundry tak hengat dunia harini. 2 helai comforter & 1 set bedsheet berjaya dibasuh dengan jayanya. sampai tak cukup penyidai nak sidai. masa nak basuh tak terpikir lak kat mana nak sidai. huhuhuu.

Lepas tu, hari hujan pulak. mana nak letak 2 helai comforter, 1 helai cadar. uwaa. sarung bantal leh jugak la nak tumpang-tumpang atas dining chair ni. tapi, takpa, masalah telah diselesaikan dengan jayanya. Kalau tak, terkejut Tn Hj Shuhaimy yang datang spotcheck rumah tgk 3 bidang conforter dengan cadar bagai, melintang pukang bersidaian dalam rumah. ahaks. Tn Hj Shuhaimy saya ekceli menghantar my lil bro balik ke hostel, singgahlah ke rumah kami.

Dah hari hujan, memang standard lah Astro pun s*cks. Saya pun ape lagi, mem'blog la jawabnyer. Kurang mood nak ke mana-mana hari ni, sorang kan, tanpa En Rizal di sisi (bunyi mcm horny semcm ja..hahaha. sensored!). walau ke rumah mil yang dekat, tidak ku kunjungi (semalam dah pegi). TV pun saya nak naik hangin hari ni, dah tau weekend letak la program bagus2 ke, movie best2 ke. HBO pun asyik2 sweet home alabama, dah bape kali ulang dah. tense! Ria, Prima jangan cakap la, tau la Sehati Berdansa baru start malam tadi, tak yah la ulang 2 jam sekali..uwaaa!!

bila ditanya kat en rizal, bila nak balik (padahal bukan tatau schedule dia 4wks keje/4 wks cuti, gatai jgk nak tanya). en rizal kata, sabar la, 3 mgu boleh tgu, lagi 1 mgu jee takkan tak leh sabar. waaa..penyeksaan tau, dah tinggal yang hujung2 tu lagi la buat tak sabar. emo lagi. huhuhu. bawak bertenang teha, jangan mengada, bukan anda tak biase ok? calm down.


gambar kat atas ni, mcm takda kena mengena sgt dgn entry. teringat en rizal saja, auuww. gediks i. dia suka sakat bila saya tengah bersiap. so semakin lambatlah saya bersiap. gambar ni waktu kat pulai spring resort skudai, jb masa convocation cik ilyana adik saya. haii, rindunya. ops!

ok, dah nak senja. saya nak buat apa yg patut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...