Social Icons

Friday, October 16, 2009

Sambil Makan

7:01 pm

baru sampai rumah. ade 2 task yang dateline hari ni completed. 1) Index Prestasi Unit 2)Product Information about our detection kit & vaccine. mental agak letih, fizikal tak teruk sangat walaupun saya berjalan ke hulu ke hilir dari bangunan monoclonal ke kompleks biologics, kemudian ke bangunan ASEAN, then ke bangunan kewangan dan kembali ke pangkal jalan iaitu unit monoclonal kesayangan sbb cuaca hari ni lembab lembab sejuk saja memandangkan belah petang tadi hujan tak henti.


akibat kepala ni dah letih nak pikir malam ni nak makan apa, saya ambil jalan mudah, drive thru saja di McD. saya pun heran sejak kebelakangan ni selera saya tertumpu pada makanan yang sweety & salty. Minggu lepas saya boleh habiskan 2 cup sundae & 2 large fries seorang diri. Skrg pun menu yang sama. Sungguh tak sihat kan. sambil menulis, sambil makan sundae & fries. sundae strawberry dah licin. sundae coklat jadi mangsa lepas ni, sambil tengok Adi Putra di Ria. Dasyat jugak Adi Putra ni, dapat Tokoh Matematik di Abad ini daripada Universiti di Riau. Kagum jap.

kepala ni rase berat balik mengenangkan homework untuk weekend kali ni. Boleh kah saya khatam textbook Immunology dalam masa 2 hari ni? huhuhuu. Kena buat literature lagi pasal Detection kit & vaccine yang saya tulis kat atas tadi, monday ni ada meeting. Weekend ni jugak nak balik ke hometown saya. Nak buat some preparation untuk next week punya experiment lagi. kusut jap. Wahai Adi Putra, leh pinjam tak otak jap?

Saya berazam 2 hari ni taknak bukak facebook. (leh caye kee??) ehehehee. tu pun nasib baik VRI terchenta block FB, so kat opis jangan harap nak bukak FB. ok jugak la kan, balik rumah baru layan FB. oklah, nak menikmati spicy chicken mc deluxe dulu. (hahahaha, byk nyer makann!!)

malam ni daku berazam nak buat homework! ya allah, aku mohon permudahkan urusanku, lapangkan dadaku untuk menerima pelajaran, jauhkan godaan-godaan terutama facebook. amin ya rabbal'alamin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...