Social Icons

Thursday, October 1, 2009

Muhd Izz Irfan & Air Kosong:p

Acknowledgement terlebih dulu pada pasangan Kak Nurulaini & Azmie sbb pakai nama anak anda berdua sebagai tittle:p hehehe. cuma nak kongsi keletah Muhd. Izz Irfan.

Ahad lepas, kami buat minum2 petang simple2 kat rumah. Ajak relatives & very close fren. Maka datanglah Kak Nurulaini saya, suaminya Azmie & si comel Muhd. Izz Irfan. Lama tak jumpa Izz dah besar panjang anak teruna derang ni. Dah masuk 2 tahun.

Jap.. twit twitt.. sblm terlupa.. Agak merugikan, saya & En Rizal tak teringat langsung nak snap gambar, tak dapat nak menzahirkan suasana masa tu. huhu. Padahal mereka bertiga tetamu pertama kami, mmg tak kalut langsung lagi masa tu. Well, dah terlupa nak buat cemana. Rugi Besar. So, tiada gambar untuk entry kali ni.

Mereka sampai, kami entertain. Jamu apa yang ada. Lontong, kek coklat, buah2, kuih2 raya seadanya. Mula sampai Izz tidur, tak lama Izz jaga, and sedikit mamai2, dok memerap dekat ayah/mama nya saja. Ayah & mama nya makan sambil melayan kerenah Izz.

Tak salah saya, masa tu Azmie nak suapkan air pada Izz. Sekali Izz taknak minum daa... Izz kata "Air kosong"... kami pakat gelak dgn keletah Izz. OKlah, hari tu sebenarnya saya buat Air Laici, buah laicinya saya letak dalam mangkuk koktel lain, so air laici tu mmg nampak putih keladak je la, takda buah laici kat dalamnya. Harharhar. Terus saya kata "Lain kali aunty tak leh buat air laici la yer Izz, kena buat air kaler, sunquick ke, ribena ke. Penat aunty buat air laici sesedap rasa, ko kata aunty bagi air kosong". hahahaaa..

Sume org gelak.

Sekali lagi lawak yang buat semua org gelak. Saya bagi angpau pada Izz, Izz tak heran langsung. Siap amik & baling angpau ke bawah. Saya kata "Bagus anak ko akak":p ehehehhe. Trick saya kali ni, saya ambil gula-gula yang mmg tersedia atas meja. Sebelah tapak tangan letak gula-gula, sebelah tapak tangan letak angpau. Tunjuk dua2 tangan serentak. Yeahh, seperti diduga, angpau ku tidak diherankan. Gula-gula tetap jadi pilihan walaupun dah ditukar-tukarkan tangan ke kiri & ke kanan. Tapi akhir sekali, agaknya dah give up, dua-dua tangan saya Izz capai, dapatlah angpau & rezeki sebijik lagi gula-gula (mama Izz dah sorokkan bekas gula-gula atas meja sblm tu;p)

Semua org gelak lagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...