Social Icons

Tuesday, October 13, 2009

Crazy Sushi

Lepas kerja hari ni, Khor, Akma, Linda, Naama dan saya serbu Sushi King. Apa lagi kalau tak Crazy Bonanza Sushi RM2/plate. Macam nak patah kaki tunggu giliran nak masuk. Ramai betul manusia. Sampai Kinta City Around 530pm, 620 pm baru kena panggil masuk. almost 1 hour jugak menunggu. Tapi takper, sushi nyer pasal. Kebulur punya pasal, sampai lupa nak snap gambar. hahaha. Jadi tiada gambar untuk entry kali ini.


Tahap kebuluran kami agak dasyat juga sbb last sekali makan ialah waktu Jamuan Raya VRI pukul 10.00 pagi tadi. Walau masa jamuan dah bedal habis satey-lontong-lemang-rendang, tapi mana nak bertahan sampai ke petang kan. Oleh itu, masa tunggu giliran kat luar pintu masuk pun berapa kali saya kecur air liur tgk orang2 lain yang dah dapat menikmati sushi kat dalam tu menelan setiap butir sushi, hahaha. tapi serius, mmg kecur air liur, nak nak bila tgk shrimp. hohohoo.



Kali ni mcm biasa promo, every member boleh bawa 5 org guest utk makan sama, khor sorang saja ada member card, kami tumpang makan saja. Ada benda lawak jugak jadi tadi since kami dapat duduk meja tepi menghadap pembuat-pembuat sushi tu dan agak kecoh meminta unagi, shrimp, smoked salmon bagai pada diorg, and suruh diorg letak atas trail depan kami. Agaknya diorg mula fikir kami ni gedik ala nak flirt dengan diorg kot, padahal kami mmg tulus hati lapar dan harus diingat ada 2 orang sexy preggy mommy antara kami, jadi napsu makan makan agak horror:p



Ada antara mereka yang mula membuat aksi-aksi menarik perhatian kami sambil membuat sushi. Ada jugak yang dah main-main mata. Kami kan perempuan-perempuan yang awet muda, dah kawen-beranak pinak nampak macam belum kawen, hahahaaa, perasan..!!! Oh yer jugak ek, saya baru perasan ada persamaan antara kami 4 orang iaitu husband 'away' dan tiada di sisi (kecuali Naama), Khor mmg weekend wife berulang dari penang-ipoh every week, Linda pulak Skool-holiday wife memandangkan husbandnya nun jauh di Sabah mendidik anak bangsa, Akma pun weekend wife jugak, cik abang di KL, saya memang dah pasti selang sebulan En Rizal cuti, skrg di Miri.



Bila agak kurang senang diperhatikan & diperlakukan demikian (kami isteri2 solehah, ahaks) Linda mula membelek & menayang cincin kahwin kat kedua-dua jari di tangan, di ikuti oleh Akma yang mengusap2 perut (shes pregnant, linda pun sebenarnya), saya pulak sengaja membetul-betulkan cincin kahwin-tunang bagai di jari, Khor sengaja sembang kuat-kuat pasal topik anak-pregnant-breast feeding disambut selang seli oleh Linda dengan kuat "aah, linda LEPAS kahwin pun makan supliment tu, tiha makan tak lepas kawen? skrg makan lagi?.." dan seangkatan dengannya. Hahahaaa..



Adik-adik pembuat sushi nampaknya kendur sikit dari membuat aksi dan gaya flirt. Kami makan dengan tenangnya. Bagus, kami suka orang lelaki yang pandai hormat perempuan yang dah berkahwin. Tak salahkan mereka, manalah dirog tau kita ni dah kahwin/belum kan. Ramah biar bertempat, kami ramah sbb lapar & nak suruh mereka letak sushi yang best2 depan trail kami duduk, itu saja. Jangan salah anggap. Hehehe.



Ok, setelah belasah lebih kurang 10 pinggan seorg, jam pun dah dekat 720 pm (1 visit hanya dibenarkan 1 jam shj untuk bagi peluang guest lain pula), kami pun beransur pulang. Saya sempat isi borang membership di kaunter, application fee =RM20, dapat Complimentary Voucher RM20, kad ahli, a pair of bekas chilli power & toothpick, 2010 calendar. So berbaloi jugak jadi ahli Sushi King. Lepas ni next promotion boleh pergi 12 orang pulak, instead of hanya 6 orang. Sekarang dah ada 2 member card. hehehe.







Oh ya, promo sampai 15 Oct yer bagi peminat-peminat sushi sekalian..:)Sekian dari saya yang kekenyangan dan perut mula nak memulas.

2 comments:

ciktutor said...

wah, bestnye..

Fatiha said...

huhu. lagi best klu hang ade:(( miss u dijah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...