Social Icons

Saturday, October 3, 2009

Spa @ Home :p

Lunch break semalam (Jumaat) kan masa panjang. Saya memang perlu keluar untuk cari wrapper for souvenirs Dr. Azaibi Tamin yang akan bagi talk di VRI Isnin nanti. Jadi, decide pergi ke Kinta City (setakat nak beli wrapper pun nak pi Kinta City, padahal Taman Cempaka depan mata berlambak stationaries, itulah alasan saya untuk ke Kinta City sbnrnya. beli wrapper. hihi.:p). Kali ini memang saya pergi sorang. Tak ajak sapa2, sebab konon nak cepat. Hahaha. Tapi sebenarnya, bila sorang tu la takda sapa nak menegur keobsessan saya. Saya suka. Kalau keluar shopping dgn Cik Nani adik saya, Cik Nani siap tarik tangan saya dari masuk macam2 kedai. Sbb kedai stationaries pun kalau saya dapat masuk, saya akan membeli-belah macam budak Form 5 nak SPM, sume pen-pencil-sticky note-paper clips-mechanical pencil bagai beli. Hahahahaaa. Kalau dengan En Rizal, biasanya En Rizal sabar jugak dgn kerenah saya (sbb saya pun sabar dgn kerenah En Rizal bila dia pulak bershopping:p), tapi bila dah over sgt tu, kena sondol2 jugak la sampai tak dapat masuk particular kedai tu.
Panjangnya bebel. Oklah, kali ni ke Kinta City saya tutup pandangan kepada handbag, kasut, perfumes bagai. Saya fokus kepada wrapper shj. Cehh, yeke. Sbrnya saya hanya lalu depan Body Shop, tetiba ade bau best sgt, diorg pakai lilin aromatherapy tu rupanya. So that make me eager untuk masuk ke BodyShop. Dalam hati kata, sumpah aku nak tgk aje, taknak beli pape. Tapi Cik Promoter tu terlalu pandai ayat saya, siap ade pulak promotion Body Spa Wisdom. Berbaloi jugak la beli. Fikir2 scrub kat rumah pun dah nak nampak dasar. Bolehlah pakai seminggu dua lagi, so saya pun fikir, 80% wajar jugak saya beli satu. Sekiranya En Rizal saya baca entry ini, ini justification saya buat kali ini yer abang, 80% perlu walau tak mustahak. hehe.
Bila Cik Promoter tu testing kat tangan saya. Mmg best. I'll bet mesti ramai yang suka Spa Wisdom ni, sbb ada salt. Apply to wet body, scrub sampai hilang rasa kasar2 tu. bau pun wangi. Sebelum ni saya pakai BS Papaya Body Scrub. Tapi yang Spa Wisdom ni lagi best. U shud try tau, its worth buying. Promotion kali ni, 3 in 1 packed (Spa Wisdom Africa Salt Scrub - SWA Body Puree [Lotion] - SWA Shower Gel] lebih menguntungkan. Jadi justification saya up jadi 90%.
Tak sabar nak cuba jap lagi. hohohoo. best jugak weekend2 macam ni, mem'pampered' diri sendiri, takyah gi spa. boleh buat sendiri. bukan susah sgt. cuma takda org nak massage bagai je la. well, tak kesah sgt. Ni la keje saya bila ber'weekend sorang2 kat rumah, melulur badan, kata org indon. hehehe. best2. moh mandi..!!
Kalau sempat malam nanti saya share beberapa tips.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...