Social Icons

Monday, October 25, 2010

ya allah, jauhkan hambamu ini dari penyakit jantung

Gamaknya harini hari hangin sedunia, ditambah pulak dgn bendera jepun baru berkibar megah. royanan bermula begini, saya dan 2 org lagi rakan ditugaskan handle trip rombongan cikkiah seramai 80 org ke negara jiran, thailand. tema kali ini adalah TEAM BUILDING bukan FAMILY DAY hokey. setelah mengambil kira byk sudut jadi kami bertiga pun berjaya siapkan kertas cadangan seawal bulan April lalu. InsyaAllah, kalau takda aral hujung November ni trip akan berlangsung.

Tau sajalah birokrasi zaman sekarang, dari bawah naik ke atas, dari atas turun ke bawah semula. Kena mohon permission sana sini, tulis surat sana tulis surat sini. Ok fine, itu mmg understood. biasalah tu, kata 'saya yang menurut perintah' kan.

semua dah clear tinggal lagi ahli rombongan cikkiah pulak yg menguji kesabaran saya. Sgt menguji ok!

1) masalah standard - susah sgt nak confirmkan attendance. Dah bagi duedate panjang pun masih lg taktau nak buat keputusan, kejap boleh pergi, kejap takleh pergi.
> jawapan : susah sangat nak bagi keputusan, ai konsider anda takmo pi okeh, sila jangan kecoh.

2) masalah standard 2 - kena bayar ke pergi trip ni?
> jawapan : bayar, masuk toilet pun ada sampai RM2.

3) masalah standard 3 - roommate saya siapa yer, saya taknak duduk dgn si polan si polan. si polan berdengkur kuat, si polan masuk toilet tak flush, si polan selalu makan tak ajak, si polan pasang aircond kuat2.
> jawapan : sila advise saya. walau saya tahu mana regu, mana yang seteru, mana tau kot tersilap pair jugak. sat lagi berlaga dalam bilik pulak.

4) masalah standard 4 - makan2 dekat r&r pakai duit sendiri ke atau disediakan??
> jawapan : sudah tentu duit sendiri. budak tadika pi rombongan pun mak ayah depa bagi duit untuk beli jajan kat R&R.

5) masalah LUAR biasa - "boleh tak saya nak duduk sebilik dgn cik abg saya, susahlah kalau kami lain bilik, COLGATE kena bawak 2, tuala kena bawa 2, beg kena bawa 2. Nanti nak belanja2 susah, duit semua dekat cik abg.. Lagipun duit cik abg duit akak,duit akak duit akak.."
> jawapan : ini team building BUKAN family day. kami bukan kejam sangat, apatah lagi dengki takmo bagi suami isteri satu bilik. malangnya counting lelaki dan perempuan dah cun-cun. lagipun setakat nak beli colgate 2 batang & packing 2 beg baju masalah kah itu??? ya ampunnn !!!


Oleh itu, izinkan daku menarik balik kata-kata siang tadi. saya rela jadi cikgu, sebab jadi cikgu anak murid senang ikut cakap, boleh jalan pimpin tangan berdua2.. Berbanding bawak mak mak dan bapak bapak orang yang boleh buat saya jadi migraineee!!



1 comment:

izyansyazwani said...

wahh..thailand?sawadikappp..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...