Social Icons

Tuesday, October 19, 2010

moga lepas ini giliran saya pula, amin:)


Alhamdulillah, syukur dapat khabar dari bapak & ummi, penerbangan KT32 telah selamat sampai ke Bumi Madinah pada 3:30 ptg (waktu Malaysia) 18 Oktober lalu, setelah berlepas jam 5:30 pagi. Moga bapak, ummi serta jemaah haji yang lain beroleh kesihatan & keselamatan yang baik, dipermudahkan urusan untuk tujuan yang satu, haji yang mabrur. Tak tergambar perasaan masa menghantar mereka ke Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Terimbas kembali kenangan yang sama menghantar mereka 10 tahun yang lalu. Perasaan masih sama, bercampur baur, antara sedih berjauhan seketika dengan ibu & bapa, juga terharu dan gembira kerana mereka berdua & sekalian jemaah yang lain telah dipilih untuk menjadi tetamu Allah. Melihat jemaah yang bakal berlepas membuatkan hati ini terusik, bila pula kesempatan utk diri ini berpeluang menjadi tetamu-Nya.

dengan pakcik makcik belah bapak saya. Dari kiri : Mak Itam, Mak Anjang, Pak Anjang, Pak Itam, Bapak & Ummi.

@ Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya : erm, saya ada nak bagi usul for improvement nih, perhaps LTH boleh consider. akan dikongsi dalam entry seterusnya, InsyaAllah:)


Ummi kata, mulakan dengan pasang niat, kemudian nekad dan bersungguh-sungguh ingin menjadi tetamu Allah, insyaAllah akan diberi kesempatan dan dipermudahkan. Jom pakat menabung dalam tabung haji:) kena pi cari buku akaun TH saya nih. terima kasih pada arwah mama yang bukakan akaun TH untuk kami semua zaman sekolah dulu:)

siapa lagi kalau bukan en.rizal yang lead the "stream". harap2 kita dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk jadi tetamu Allah bersama-sama satu hari nanti yer abang:)

jangan tanya siapa champion air mata okeh?:p

Penerbangan pulang ke Malaysia dijadualkan tiba di KLIA pada 3 Disember 2010 jam 12:30 malam. Oh, rindunya dengan bapak & ummi, tak sabar nak bersua kembali:)


2 comments:

nany said...

rindunye!!!

trinGat kat arwah mama..;(

Aniza said...

semoga mereka selamat pergi dan kembali dan semoga peroleh haji mambrur...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...