Social Icons

Sunday, October 10, 2010

persoalan saya

selamat sampai ke hometown siang tadi, alhamdulillah.
adik2 semua pun balik, cuma en. rizal je yang takda bersama.
sampai2 terus sambut birthday en.noramin dengan choc indulgence, ahaks.

tengah drive kereta siang tadi macam2 terlintas dalam kepala ni.

  • persoalan ; apasal orang suka nak banding2 seseorang?
  • pendapat saya ; bukankah tiap orang tu unik, mana ada yang sama. maka, kalau takda yang identikal, mana boleh kita buat perbezaan, kan? nak buat comparison/perbandingan mesti pemberat nya sama kan? kalau tak, itu namanya TAK ADIL. jadi kesimpulan saya, setiap individu memang tak boleh dibanding2kan, tak kiralah dari aspek apa, luaran atau dalaman, sbb semua kita ni unik, mmg tak ada yang sama. setuju?
  • Buat apa nak dibanding2kan. bukankah setiap makhluk itu unik ciptaan-Nya, tak perlulah kita jadi pengadil yang menilainya. terimalah setiap individu itu dengan seadanya;)
  • Cth isu yang selalu dibanding2kan :
a) Ex- girlfriend Vs Girlfriend/isteri skrg, Ex-boyfriend Vs Boyfriend/suami sekarang ----> amatlah sedih kalau jadi macamni. terseksa jiwa raga. nak compare2 ingatkan kita ni barang elektronik kat kilang ke. sedihnyerrr kalau dpt tahu diri dibanding2kan!

b) prestasi kerja individu A yang dah kerja 15 tahun Vs prestasi kerja individu yang baru 2 tahun kerja ----> kalau nak compare sgt, tgk prestasi kerja senior tu masa beliau mula-mula keja dulu!

c) prestasi memasak orang yang baru belajar mengenal rempah ratus dengan mak kita kat kampung yang dah masak berpuluh tahun ----> kalau dah berpuluh tahun masak, suatu hari nanti orang baru pun akan jadi otai jugak! asalkan ada kemahuan belajar & mencuba. biar tak pandai tapi mahu nak belajar dari orang cakap je pandai tapi tak buat pun.

d) prestasi pelajaran & kerjaya anak no 1 dengan anak no 12 ----> dalam sedozen anak, takkanlah semuanya KENA jadi doktor atau peguam. biarlah mereka dengan minat mereka, cuma bimbinglah mereka mengikut landasan minat mereka. mungkin anak no 6 teringin nak jadi ImamMuda, anak no. 8 pulak minat nak jadi pemandu kereta F1, dan yang bongsu pulak minat buat talkshow macam Oprah tu, let them be!

e) tahap kekayaan jiran yang asyik tukar perabot & gelang tangan Vs jiran sorang lagi yang nampak steady & sempoi ----> tak payah lah kita jadi tukang senarai apa barang2 terkini yang jiran-jiran ada, tak payah dibuat perbandingan itu semua dengan rumah orang lain mahupun rumah sendiri. jiran kita beli sebab dia mampu, kalau kita tak mampu buat sampai yang mampu & ikut keperluan.

  • persoalan kedua ; apasal orang susah nak menghormati hati orang lain? (tak kira yang muda kepada yang tua, mahupun yang tua kepada yang muda, atau yang sama usia)
  • pendapat saya ; usia itu hanya angka. dah jadi resam kita yang muda kena hormat yang tua. tapi tak bermakna yang lebih berusia boleh buat apa saja kerana yang muda juga manusia yang ada rasa. kalau orang lebih berusia buat salah pada yang lebih muda, tak salah kan kalau orang lebih berusia tu minta maaf?? tak jejas apa pun kan?? atau masih yang muda kena mengalah & mohon maaf? ohh, typicalnya
a) saya selalu buat salah pada adik saya, saya minta maaf pada adik2. tak pulak hilang sampai hormat mereka pada saya.

b) saya pernah buat salah pada staff2 saya, lalu saya minta maaf pada mereka. makin lama makin erat hubungan kami sepejabat.

c) saya buat salah dengan boss, saya minta maaf dengan boss, tidak pulak sampai boss masam muka dengan saya, tidak pulak merundum markah performance saya:p

d) saya buat salah pada ibu bapa saya, saya minta maaf pada mereka. terasa tenang bila mendapat kemaafan ibu bapa

e) ibu saya pernah mengguriskan hati saya, lalu ibu minta maaf dari saya. tak pulak saya berlagak sombong lepas tu, tak luntur hormat saya pada ibu.

f) saya buat salah pada suami saya, suami maafkan saya. bahagia rasanya bila saling memaafi.


kan aman dunia kalau kita saling hormat menghormati serta saling memaafkan sesama kita?;)



1 comment:

idakaz said...

i like your this very entry :) esp ur 2nd question..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...