Social Icons

Wednesday, May 19, 2010

tunjuk jari.

kesabaran saya memang kurang hari ni. bermula dari pagi, bawak ke tengahari ade je pulak yang trigger2 emosi ni.


situasi 1 : pagi-pagi buta


saya sedang memandu di lorong kiri, saya akui memandu agak laju, tapi tak terlalu laju. saya tak kelam kabut, rileks saja. kereta di lorong kanan juga sedang bergerak dalam frekuensi yang lebih kurang sama. ada sebuah motosikal laju dari arah belakang. saya perhatikan dari cermin sisi. saya biarkan saja. motosikal tu cuba nak memotong saya melalui lorong kanan, saya pun bagi ruang pada motosikal tu. potonglah! rupanya keadaan di lorong kanan tidak mengizinkan sbb memang kereta lain banyak bersusun.

pemandu motosikal tu nak cuba masuk semula ke belakang kereta saya iaitu di lorong kiri. dia cuba nak cilok pulak dari kiri. kereta saya mmg agak menghimpit ke kiri sebab saya baru lepas bagi ruang pada motosikal tu untuk memotong sebentar tadi. saya perhatikan cermin sisi sekali lagi. dia nak potong jugak. saya tak boleh himpit ke kanan sebab kanan saya ialah bas sekolah! saya maintain lorong & kelajuan. motosikal tu cuba lagi potong dari kiri saya.

akhirnya, dia berjaya pintas saya, nasib baik tak kena cermin sisi kiri saya. sebaik dia pintas, dia TUNJUK JARI kat saya!!!! ingat aku takde jari ke nak tunjuk?? ingat saya tak pandai ke nak tunjuk jari jugak pada andaaa??? what the h*ll.

nasihat arwah mama saya :
>> mama pernah cakap masa kami kat sekolah dulu "kalau budak laki tumbuk, tumbuk je balik, jangan lembik sgt!" (wah, gangster sgt bunyinya:p) tapi tak pernah pulak saya menumbuk orang, sebab saya pun tak pernahlah ditumbuk lagi setakat ni.


>> tapi mama juga pesan "jaga adab sopan, kamu tu perempuan"

sempat saya fikir, nak pakai nasihat mama saya yang mana satu dalam keadaan ni??? nak tunjuk jari jugak atau nak beradab sopannn?? lalu saya pun...

sentak minyak sikit, kejar motor tu. tp kebetulan di depan trafic lite menanti merah, dia tak sempat kejar hijau, saya pun sama. sebelah kiri kereta saya ada sebuah motosikal lain, pakcik berumur sikit. sebelah motosikal pakcik tu adalah motosikal yang tunjuk jari tadi. saya bukak tingkap separuh (cukup la takat nampak muka), saya pandang orang yang tunjuk jari tu. disebabkan agak obvious gamaknya, pakcik berumur tu pulak yang perasan saya tengok dia...kuikuikuiii....! berkerut2 dahi dia, mesti dia fikir, apahal pompuan ni pagi2 buta.

saya teruskan tengok lagi, org tunjuk jari tu pun sedar. saya tenung lagi. dia alih muka pandang depan. saya masih tenung lagi. dia cuba nak pandang sekali lagi untuk pastikan saya masih memandang atau tak. ingat saya takut?? haha, saya takut jugak sbnrnya memandangkan dia lelaki, saya perempuan. tapi nasib baik saya dalam kereta la kan. tu tunjuk berani. lelaki yg tunjuk hebat depan perempuan tu akhirnya merempuh lampu merah. konon tunjuk handal la tu? ade aku kesahh? sempat sy tgk plat motornya, mana tau kot esok2 terserempak lagi..siap la kau, aku lak nak tunjuk jari ni... ekekekee.. macam berani sangat je. takdalah, mama saya tak suka tgk / dgr anak mencarut. ade ke mak yang suka? :p

erm, sebut2 ni, teringat pulak kat arwah mama:(

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...