Social Icons

Wednesday, May 19, 2010

aqad yakni janji..!

siang tadi saya terpukul dengan cerita yang tidak begitu indah tentang perkahwinan seseorang.
biar kisah itu saya simpan dan dijadikan pengajaran untuk saya, untuk semua.

cuma ia membuat saya berfikir..
tentang diri sendiri sebagai isteri, tentang seorang lelaki bergelar suami, tentang keluarga kedua pihak.
tentang ibadah, syariat dan sunnah.
tentang tanggungjawab, amanah, komitmen, kewajipan dan hak.
tentang cinta, jiwa, rasa, kasih dan sayang.
tentang keikhlasan, kepercayaan, kejujuran dan ketaatan.
tentang amarah, rajuk, gurau dan senda.

begitu besar pengertian sebuah perkahwinan. begitu tinggi nilai sebuah ikatan suci.
begitu besar anugerah dan rahmat yang dikurniakan oleh Allah swt kepada kita semua.

Surah al-Rum 30:21:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.


beristighfar saya mendengar berita tentang usia perkahwinannya yang seharusnya di lalui dengan indah penuh kasih dan sayang, cinta dan belas, tergugat kerana kepercayaan yang mula luntur akibat hati yang mula berubah.

betapa Allah bisa menguji..!


Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu


Ya Allah, berilah aku ketetapan hati
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi suami
Isteri yang sentiasa dihati suami..


Ya Allah, kau tetapkanlah hati kami
Kau rahmatilah kasih sayang antara kami
Agar berkekalan penuh dengan keberkatan
Agar bersatu menuju jalanmu
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

------------------------------------------------------------

buat suami tersayang,
saat ini, saya amat merindu;)

1 comment:

ciketon fazya said...

:(
Allah sahaja yang dpt bantu kesusahan dia...

saya sudah link kan kamu yeh..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...