Social Icons

Monday, May 24, 2010

sepetang di pasar malam:p



pasaipa tetiba entry pasal lychee a.k.a laici? hehe..
pasainya tadi pergi pasar malam di station 18 pengkalan, jumpa satu pakcik jual buah.
memula tak pandang sgt, sbb ingat2 masih ade lagi anggur kat rumah (beli kat tesco mgu lepas,murah tp tak habis2:p)
elok je mata ni nak berkalih ke gerai lain, terus nampak .... laiciii!!
terus kami berdua (dgn cik nani) merapat.


setelah bertanya berapa ringgit sekilo, sempat jugak la merasa (sebijik je dibenarkan ok:p). kami pun pilih lah, ikut hati ni nak cekau banyak2, tapi teringat pulak anggur yang makin kecut dalam peti air tu, tak baik membazir. hehe.

sambil tgk konsert final af8 yang dah ntah berapa kali ulang tadi, saya pun terfikir, apasal jarang2 ek jumpa laici kat pasar malam, mahupun tesco. agaknya ada musim ek? kenapa tak pernah nampak laici orang tanam kat belakang rumah2 hek (mungkin di kala tu saya fikirkan tak jauh beza antara laici dgn pisang yang mudah ditanam di mana saja.hahaha:p)?



oleh kerana berlakunya 'research' di situ (sebenarnya hanya google-up saja:p), oleh itu terhasillah entry ini. hehehe=p






ini rupa pokok laici, maaflah yer kalau siapa mmg dah biasa tgk. maafkan saya yang jakun ini. huhu.

Q : persoalan saya tadi, mengapa tak selalu ada laici di pasar malam mahupun tesco.

A : musimnya antara bulan Mei-Jun sahaja. patutlah baru ada kat pasar malam.

Q : mengapa belakang rumah orang di malaysia tak tanam laici?

A : sebabnya US yang tanam laici ni secara komersial. walaupun originated daripada china, thailand dan vietnam. tapi pengeksport terbesar laici adalah dari US. (oh, jadi saya telah menyokong barangan US kah? untuk laici, saya maafkan, sebab kecur air liur melihatnya). kawasannya pulak mestilah terkawal dari tiupan angin yang terlalu kencang, cuaca yang ambient, selain dari kena pastikan ia mendapat nutrien yang secukupnya terutama semasa dormancy phase. kalau tidak, mungkin end-up dengan pokok yang tidak berbuah2. jadi musnahlah harapan saya yang konon nak tanam laici belakang rumah baru. ekekkee..

Q : macam manis je laici ni, tak bahaya ke untuk orang yang sedang mengontrol diet gula mereka?

A : takda masalah, laici mengandungi 16g karbohidrat/100g serving, kandungan air pula mencecah 81.76g / 100g (woww! patutlah meleleh2 air nyer, uish, kecur air liur). Laici ni juga kaya dengan potassium dan sudah tentunya Vit-C!! kandungan lipid pula, boleh katakan langsung takda tau. selain itu, laici juga ialah antioksidan yang amat baik! dipercayai jugak (mengikut kajian daripada Hokaido Uni, Jepun), berat molekul polifenol yang rendah di dalam buah laici boleh mengurangkan lemak di PERUT untuk orang yang mempunyai masalah metabolik badan. ahaks. menarik!

kalau anda teringin, cepat2 pergi ke pasar malam yang berhampiran. heheheee=)

1 comment:

ciketon fazya said...

cuba pergi pasar mlm bangi...hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...