Social Icons

Tuesday, May 25, 2010

terasa hari ni macam monday

rutin harini macam biasa.
pergi kerja dengan selekeh sekali sbb err.. ntah, rasa hari ni macam monday je.
sebab semalam dah mc akibat migraine.
balik kerja singgah rumah tiara, tengok progress orang2 tengah buat kerja.
takda reason untuk saya curik tulang sbb sebelum kembali bertugas en.rizal sempat baekk nyer handover job 'supervisor' itu ke tangan saya. cuma saya tak dapatlah nak supervised mereka from 8 to 5pm macam en.rizal buat hari-hari. ekekee.


macam biasa, pergi melawat rumah, tengok apa yang patut.
tak lupa snap gambar untuk dihantar ke email en.rizal malam2 nanti.
sampaikan orang yang buat kitchen cabinet kami (ah seng) dah pandai mengusik saya.
"you ari ini takda snap gambar ka, senang mau send report nanti malam"
ekekekee.
begitulah rutin saya.
sebelum balik sempat saya jengah mailbox.
flyers memang banyak, dari kitchen cabinet, grill, sampai la ke perkhidmatan cuci rumah.
haaa, yang tu saya sukaaa...!! banyak lagi ni kena cuci walaupun kotoran degil2 semua dah berjaya disental oleh kami berdua sebelum en.rizal ke rig 3 minggu yang lalu.
erm, boleh diusulkan pada en.rizal bila dia balik nanti.


cerita ushar mailbox tak habis lagi.
dalam banyak2 flyers tu ada la bil air.
saya pun belek. wahhh! RM29.37 ok?!!
rumah belum duduk lagi dah pandai bil banyak2.
dalam hati, takpa.
gamaknya sebab kami dah berapa kali cuci rumah & main air tak hengat dunia kot.


selesai tugas sbg supervisor:p
saya pun pulang ke rumah. nak singgah rumah mother-in-law (mil) pun dah rasa tak larat.
cehh, macam penat sangat je jadi supervisor tak sampai pun sejam. ekekekee.
tapi saya dah kerja from 8 - 5 ok, letih lah jugak.
sampai rumah saya pun beleklah bil air rumah yang kami duduk skrg.
wahhhh!! RM 9.60 saja?!!


errr... mula la hati ni konfius.
rumah mana yang ada orang duduk sebenarnya ni.
rumah tiara atau rumah skrg?
rumah yg kosong bil air sampai RM 29, rumah yang kami tinggal hari2, RM 10 pun tak sampai.
apakahhh?
tak mandikah kami sekeluarga?
tak basuh baju kah? rasanya basuh baju setiap minggu 12 kg setiap round.
ekekekeee..
tertukar gamaknya bil antara dua rumah ni!


tu je cerita untuk harini, takda yang menarik.
hanya kepelikan saya.


sekian.
oh lupa nak kasi tau.
sejak saya embed VC shahir kat blog ni, setiap kali bukak blog jgk saya akan mainkan dulu lagu tu.
kadang2 bukan sekali, malah nak dekat 3, 4 kali.
ekekekekee.
sekian saja dari peminat yang mengaku minat shahir, tapi haram RM 0.50 pun tak undi shahir:p

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...