Social Icons

Sunday, May 30, 2010

kesengalan.

hari ni hari sengal.
kesengalan bermula seawal pukul 6.45 pagi tadi.
saya tersedar dikejutkan oleh alarm hp lagu rihanna 'disturbia' yang paling dibengangkan oleh en.rizal setiap pagi. sebenarnya saya pun bengang, tapi kalau letak lagu 'my heart will go on sumpah susah nak bangun. ekekekkee. siapa tak tahu 'disturbia tu yang mana satu boleh
klik sini.

setelah stopkan alarm tu.
terkebil2 bukak mata, tengok tv tak tutup, lampu apatah lagi, terang benderang (perangai buruk lagi penakut gelap).
raba ke kiri raba ke kanan mencari spek mata.
pakai spec mata.
tekan butang 'info' dan terus belek2 rancangan apa di sebelah.
belek punya belek, saya nampak 'ZEE'
best jugak ni pagi2 buta dah ada ZEE AVI.
gosok mata lagi utk mereadykan mata tgk ZEE AVI.
saya pun pilih channel tu.
sekali.. aiyakkk!
apasal ade Dance India Dance ni??!!
saya gosok mata lagi sekali.
ya rabbi! ZEE yang saya sangkakan ZEE AVI itu adalah channel hindi ZEE @ 108 rupanya.
sengal! ahahahaaaa....
tu la, bangun dah la kol 6.45pg, ada hati nak tgk ZEE AVI kan. tak sedo diri.

pastu lewat petang tadi.
saya dok lipat kain sambil tgk jurnal mentor.
ohh. garang jugak ziana zain rupanya.
mata die sharp mcm nak makan je si mohamad tu. huhuh.
layan punya layan.
waktu commercial break, baru tergerak hati nak tgk jam.
ohh. dah 6.45 ptg!!
kena dinner sebelum kol 7.00!!
(konon diet,takleh makan lebih kol 7.00 mlm, sila jgn gelakkan)
oh! tidak.

saya pun terus ke dapur, basuh beras. tanak nasik.
dengan harapan cepat2 la nasik ni masak.
keluarkan daging masak kurma dalam peti ais, re-hit je.
pikir apa lagi nak tambah ni... masa tinggal kurang dari 15 min..! (beriya kan:p)
takde mase nak buat sambal tumis bagai.
memula pikir ikan goreng pun ok jgk ni,
err.. tapi klu ikan goreng kena tunggu ikan tu 'thaw' dulu.
mana sempat.
last2 korek peti ais, tgk ikan bilis baru beli masih belum disentuh.
best jugak ni, ikan bilis goreng dgn cili & bawang.

siap goreng ikan bilis.
nasik pun berasap2 baru masak.

lastnyer, kol 7.05 ptg baru makan.
tersasar 5 minit.
hancuss, habis la segala daging lembu, santan dan minyak goreng ikan bilis bertempel2 di dalam badan... (takda kena mengena).. hakhakhakk...

sekian, saya sangat lost bila sorang2 mcmni. sigh!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...