Social Icons

Monday, May 3, 2010

rindu & stress, ada kaitan ke?

langsung takda kaitan antara rindu dan stress. atau sebenarnya ada? ke dtg bulan? haha!

faktor stress hari ni :

a) sampai office dengan mood yang sangat baik dan sangat berharap dapat terus ke switch ke mode menulis scientific paper. alhamdulillah, memang saya berjaya masuk ke mode menulis paper, tapi malangnya baru baru pukul 8.30 pagi dan baru siap slide presentation yang ke-3 dah dapat panggilan dari second boss, ada benda yang kena submit urgent, sebelum pukul 11pagi. dan kerja itu amatlah remeh temeh. sepatut bukan kerja saya ok? bukan berkira kerja, tapi ade orang yang selayaknya buat kerja tersebut. dalam hati, what the h*ll. tapi sabar lagi. tone suara saya dah berubah sampaikan second boss tanya saya "what happen to you fatiha, not feeling well aaa?" dalam hati kata "i am good, u just made me nogood". Saya amat tidak suka ketika saya sedang concentrate buat benda yang saya suka tetiba orang kacau, sbb sy mmg sgt cepat hilang fokus. Dem.

b) sedang saya buat 'task' yang konon sangat urgent tu, selang 15min second boss call lagi, kali ini bertanyakan tentang SURAT lawatan ke PSU Songkhla yang dijadualkan hujung tahun ni. hati ni yang memang tgh sebal menahan geram terus 'menjawab'. "Can u give me sometime doc, i have many things to do, i have to prepare slide presentation for tomorrow & need to submit my extended abstract this week, same goes for the HLP application. i will get back to you soon". haaa, hamik. i pulak yang kasi arahan suruh dia tunggu. pls la consider. saya bukan clerk ok? clerk yang ada tu tengah baca paper kat opis, ko leh suruh aku ni buat surattt? again, what the h*ll. saya bukan merendahkan jawatan yang lebih rendah dan bukan meletakkan jawatan saya ni teramat tinggi sampai takleh buat surat.. TAPI.. orang yang selayaknya ada depan mata untuk kerja itu... tolonglah! Be fair! Saya ada tugas hakiki yang lebih kritikal.


Dengan keras hatinya, task 1 saya letak tepi, task 2 saya tak sentuh langsung. Saya cuba sedaya upaya nak switch dari mode bengang ke mode menulis semula. Tapi tak sampai 30 minit saya buat slide, hati ni rasa tak best je. Saya capai semula task 1 yang tinggal nak touch-up sikit2 lagi, buat sampai habis, dan terus saya buat task 2 saya, sampai habis jugak. Siap kedua2 task tu. Terus saya submit pd second boss. Pukul 11pg dah ready.
Nak tau apa second boss kata “thats what i like about you, i know you always ontime”. Berdesing telinga saya dengar.


Dalam hati saya kata “teha, ko mmg lemahhh, sbb tu selalu kena buli!!” baru kejap tadi marah berapi. Tapi buat jugak. Kerja tu tak penting dan boleh ditangguhkan, tapi saya buat jugak! Yang jadi mangsa kerja hakiki saya yang kononnya adalah 60% dalam SKT. Dem.



Yang buat saya rindu (tetiba:p) :

a) Sapa lagi kalau bukan en.suami tersayang. Dah 2 bulan bagaikan belangkas dah tiba masa en.tersayang kembali bertugas. Bawak2 bertenang teha, anda bukan tak biasa ok. Saya bergurau dengan en. tersayang, beria2 merayu nak hantar dia ke KLIA, kata en.tersayang “takpayah lah, buat penat aje, lepas hantar, terus balik, sorang pulak tu”. Setiap hari dua,tiga kali saya ulang hasrat suci-murni tu. En tersayang masih tak kasi. En tersayang kata, dia akan naik klia express / shuttle tren macam biasa. So saya pun, ok takpa.

So last Saturday, saya pun hantar en. Tersayang ke stesen KTM, konon tiket shuttle tren pukul 1.15 tghari. Kira sempat sangatlah sbb flight 6.05pm. siapa sangka tren delayed sampai nak dekat setengah jam. En.tersayang tenung saya, saya tenung dia. Terus en tersayang kata “jom, takleh tunggu ni, kena shoot terus klia skrg jgk, klu tunggu2 lagi mmg tak sempat”

Apa lagi. Terus kami gegas ke kereta & shoot ke klia. Dalam hati saya bertaman2 sebab walaupun penat saya tau saya akan ada lebih masa dengan en tersayang. Bestnya.

Dalam kereta en tersayang sempat jugak sound saya sebijik “tula sebut2 sgt nak hantar abg g KLIA kan, ni kan dah kena hantar betui2”... saya gelak jer lah. hai sang suami, ketahuilah daya firasat isterimu ini bukan calangan dek kerana niat hati ini yang sungguh suci. Hehehehe=p


OK, dah panjang bebelan. Hasil daripada hari yang tak begitu indah, cuaca pun panas, hati pun cepat panas, tambah lagi yang tersayang tiada di sisi. Presentation saya masih berbaki beberapa slide, huhu! Sila kembali fokus teha! Bye!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...