Social Icons

Friday, May 18, 2012

jaringan labah-labah 1

Masuk bank terasa nak jadi pegawai bank bila tgk kemeriahan dan keramahan akak2 di kaunter tengahari2 jumaat tadi. Gi pasar malam station 18, tengok Kak Yah berniaga nasik kerabu sampai orang beratur panjang terasa nak berniaga pasar malam jugak. Tengok orang happy gila jadi suri rumah tangga, terasa nak berhenti keje pun ade. Ahahaahaa. Adoiyai. cita-cita yang berubah2. Ya, tidak dinafikan, saya sangat mudah dipengaruhi oleh persekitaran.

Tapi, bukan cita-cita tu motip entry ini, yang nak saya ceritakan kat sini, adalah hubungan sesama insan.
Setuju sangat bila Ustaz Kazim kata :
"Jadilah macam labah2..
buat jaring sarang untuk 'tangkap' makanan..
macam itu juga kita, kalau nak berjaya..
kena banyak jaringan.. 
untung orang yang ramai kawan.."


Waktu rehat tadi saya ke CIMB Gunung Rapat, ada urusan di kaunter, jadi terpaksa juga menempuh trafic untuk ke bank waktu-waktu pejabat gini (oh, tidak suka!). Akak2 kat CIMB tu memang dah kenal saya, sebab selang 1-2 minggu mesti ngadap kaunter tu. Bila nombor 2037 ni dipanggil, kami sapa menyapa dengan salam, kemudian akak tu (panggil Kak Fizah) tanya saya beberapa soalan tentang urusan tersebut.

kemudian dia tanya "Cantik tudung, beli kat mana?" saya sengih saje. lalu bagitahu kat dia, beli online, kedainya kat kelantan. Akak kaunter sebelah pun (namanya Kak Liza) dah jengah kepala sekali, lalu setuju dengan pendapat Kak Fizah. Lalu mereka berdua tanya berapa harga, dan nak rasa kualiti kain tudung yang saya pakai. Saya pun bagi rasa. Lalu terkekeh2 kami bertiga kat kaunter. Hari Jumaat tengahari kaunter agak lengang, Pegawai2 bank yang lelaki muslim semua tak ada, tinggal kami2 muslimat berkerjaya ni sahaja, haruslah sampai sempat belek2 tudung customer kan:P


Dalam pada Kak Fizah ke sana ke mari untuk uruskan beberapa prosedur untuk urusan saya, dia sempat suruh Kak Liza yang tak ada customer masa tu salin website yang saya beli tudung ni. Saya pun tulis CtRedzuan.com pada belakang slip bank terpakai. Ahahaa.. Kami gelak lagi. Sungguh comel akak2 tu.

Lalu, sementara nak tunggu urusan tu selesai, Kak Fizah pun berkongsi yang tudung rasmi CIMB yang dipakainya tu adalah tudung Ariani. Sedap pakai katanya, cuma takboleh lah nak bergaya bermacam2 warna selain warna rasmi CIMB, iaitu maroon tu. Siap memikirkan kenapalah tudung Ariani tu lepas sales pun masih RM300.00, dan pulak tu tudungnya singkat2. siap bagi pendapat lagi sepatutnya hal-hal untuk menutup aurat gini janganlah jual harga sampai gitu sekali. Comel kan mereka. Tapi kerja dan urusan saya berjalan tau, cuma mmg urusan saya ni ambil masa lama sikit, macam biasa.

Kemudian, saya pun tinggal nak tandatangan mana yang patut, saya pun tanya, urusan saya ni tak boleh ke dibuat online. Kak Fizah jawap dah boleh dah sekarang. Tapi ada sambungan lepas tu, dia kata "ala, tak payah la buat online, kalau datang kaunter leh kiter sembang2 selalu" ahahahaaa... :P terkekeh2 lagi kami bertiga kat kaunter. Seronok kan, tak pernah saya beramah mesra gitu sekali dengan pegawai di kaunter bank. Walaupun umur akak2 tu rasanya tak kurang dari 40tahun, takada halangan untuk jalin persahabatan.

Beberapa jam kemudian, saya pun dah balik ke opis, beberapa minit sebelum pukul 5 petang, ada panggilan dari nombor talian tetap masuk, rupa-rupanya Kak Fizah tadi yang call beritahu kad Western Union saya dah tertinggal kat atas kaunter, rupanya tadi dia hanya bagi balik IC saya. Saya pun baru sedar bila dia cakap. Alhamdulillah katanyer tak payah risau, dia akan simpankan. Bila-bila datang bank nanti dia suruh ambil saja. 

Kesimpulannya, apa saya dapat dari perjumpaan tadi? adakah saya dapat untung di mana2, atau dapat keistimewaan? adakah mereka tidak cas saya dengan cas yang sepatutnya, ataupun adakah saya dapat skip nombor giliran? TIDAK. Tiada apa-apa keistimewaan. Bukan itu tujuan menjalinkan persahabatan, bukan untuk mendapatkan lebih perhatian atau keistimewaan di mana-mana. Cuma menjalinkan ukhwah, meluaskan jaringan. Ikhlas, dan mudah. Tanpa dipaksa-paksa.

Ikuti kes kedua kejap2 lagi.. Panjang sangat pulak entry ni kalau tulis dua kisah sekaligus ;)

I love weekend,
m.r.s f.a.r.i.z.a.l
tiara lake park
18-05-2012
7:38pm

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...