Social Icons

Wednesday, May 2, 2012

balas dendam


Saya nak balas dendam. 

Malam tadi hanya dapat lena selepas pukul 1.45 pagi. 
Tak sedar pukul berapa saya tidur, tapi kali terakhir tengok jam adalah pukul 1.45 pagi. Disebabkan kekagetan kerana tahu kena bangun awal, mata ni seawal pukul 4.15 pagi dah terjaga. 

Pada hal kunci jam pukul 4.30am, 4.45am dan 5.00am. 
punyalah takut terbabas tak bangun. 
mampos kalau tak bangun, hadiah tan sri elok letak dalam kereta dah. 
kalau kena tinggal bas, alamat kena merempit ke menara mustapha kamal nak cik city guwe. oh tidak. 

pukul 5.15 dah siap dress-up, siap berwuduk jugak. 
fikir2, time jalan lengang mcmni rasanya 15 minit pun dah sampai ofis. 
fikir2 lagi, kalau keluar rumah 5.15 pagi maknanya 5.30 dah sampai. 

apekejadahnya. 
subuh pun masuk pukul 5.46 pagi di ipoh. 
nak buat apa 16 minit sorang-sorang. 
orang lain tinggal dekat, entah2 semua org solat di rumah. 

bukak tv, tengok ulangan Wanita Hari Ini entah zaman bila. 
kerling jam, baru 5.20 pagi, sekali lagi tgk, ok dah pukul 5.30 pagi. 
jadi saya pun gerak. 

oleh kerana dah TERbiasa dan terpaksa merempit setiap hari ke opis maka tabiat buruk itu masih terikut2 walaupun keluar dari rumah pukul 5.30 pagi. makin jalan lengang dan lancar, makin sedap jugak kaki ni tekan minyak. 

sedar tak sedar rupanya tinggal lagi 3 trafic light saja nak sampai ke opis, (semua sekali ada 13 trafic light okehhh) 
saya perlahankan kelajuan. bawak terkemut2. agaknya tak sampai 60km/j pun. 

elok nak belok ke opis, bertembung dengan kereta Dr. 2nd boss, dia bukan muslim. tapi dalam hati cakap, kalau takda orang kat surau, nak minta dia teman jugaklah. haha. boleh? desperate dan penakut. 
sah saya antara yang terawal sampai. 
tgk jam belum pun lagi masuk waktu. 
saya ke bangunan opis dulu, untuk punch kad. 
nampaknya 2 org rakan lagi dan sampai. 
lepas punchkad baru menderu2 kereta masuk, menghala ke surau. 
ok, lega sangat. 
tgk brick wall tanpa plaster tu, teringat UKM ! 


bergerak menaiki bas, dan sampai di Menara Mustapha Kamal pukul 9.30 pagi. Selesai melawat, kemudian ke tingkat 18 untuk dengar ceramah dari Tan Sri Mustapha Kamal. Selesai pukul 1 tengahari dijamu pula dengan makan tengahari, pukul 2 petang kami bersurai. 

dan sekarang, kepala saya amat-amat sakit. 
sakit sebab tahan mengantuk, dari pukul 3 petang lagi. 
saya tahankan jugak taknak baring. 
saya gigihkan tulis entry untuk blog ni, sebab nak tunggu isyak. 

p/s : entry pasal emkay, nanti saya tulis lain, sekarang weng amat. 

sekian, anda mampu mengubahnya
m.r.s f.a.r.i.z.a.l 
02-05-2012 
8:22 pm 


1 comment:

Anonymous said...

hai,

oic u ex-UKM jugak ye... yess brick walls always reminds me of UKM... kebetulan rumah sy skrg pun brick walls facade! ;-)

- liasari

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...