Social Icons

Friday, May 4, 2012

emkay :: siri 1


semalam janji nak cerita pasal emkay kan. 
semalam ke kelmarin eh:P 


Emkay Group Bhd ni letaknya di Menara Mustapha Kamal, sebahagian dari PJ Trade Centre (PJCC). setibanya di sana disambut oleh En. Shamsul (senior manager - tahu beliau ni siapa pun lepas dapat business card dia), kemudian dibawa ke lobby untuk melawat Galeri Emkay. Penerangan ringkas disampaikan oleh En. Roslan, sangat padat. 



setibanya di menara mustapha kamal. perhatikan binaan lantai, tiang, ceiling, tangga . sungguh sempoi, tidak membazir tak bertempat, berkualiti, lain dari yang lain 






Galeri Emkay terkandung kisah suka duka kejayaan Tan Sri Hj Mustapha Kamal Hj Abu Bakar, dari zaman persekolahan, remaja, universiti, kerjaya sebagai penjawat awam, minat beliau yang mendalam  terhadap bidang seni muzik, seterusnya menjinakkan diri dalam pembangunan residen dan komersial, tertubuhnya Emkay Group Bhd, anak syarikat dan yayasan miliknya, tak lupa projek-projek yg telah berjaya. 

Terselit jugak kata-kata hikmat yg kebanyakkannya garapan Tan Sri sendiri, juga dari pelbagai sumber yang lain. bila terbaca yang terkena di batang hidung sendiri mahupun sinonim dengan persekitaran semasa, kami sengih sambil cuit2 sama sendiri :P saya sempat juga snap beberapa kata-kata menarik utk simpanan sendiri, insyaallah ada masa nanti saya kongsi di lain entry ^__^ 


masa ni dalam gallery, kami ramai, maka keadaan sesak. Azrul jadi model gambar Tan Sri yg senget ni okehh:P 


Tan Sri sedang beri motivasi, elok saya nak snap beliau berkalih pulak. T__T


rasa macam kenal tak tempat ni? 



esok balik kampung hureyyyy! 
m.r.s f.a.r.i.z.a.l 
04.05.12 
9.32 pm 

1 comment:

::EIDA:: said...

Salam.. Ni tempat post wedding Lisa dan Yusri kan ? Boleh buat shoot kat sini ke ek?

*replai kat blog saye ye.. saja tanya..*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...