Social Icons

Thursday, November 15, 2012

half-moon vs full-moon

Orang dah pakai 2 kali raya, yang kita baru terasa nak mencuba. Shawl half-moon pertama saya dibeli pada pesta konvo UTHM 2 minggu lepas. itupun oleh kerana kurang keyakinan diri di samping takut2 shawl yang dibeli terperuk dalam lemari, saya memilih beli half-moon plain dulu, takda sakura atau apa jenis bunga, hihi. pemilihan warna royal blue ni pulak sebab 2,3 bulan lepas ada beli satu flair pants warna royal blue, dan rasa warna ni boleh masuk dengan tona hitam-hitam si tampuk manggis saya. 

Dan kebanyakan half-moon yang berada di pasaran sekarang adalah diperbuat dari chiffon. Jadiknya bila jatuh ke bahagian dada tu, nampak natural ke-flair-an nyer. (apa punya bahasa ni). tak payah nak diadun2 sangat. Saya suka! 

Nov2012 : Walaupun half-moon digayakan dengan pelbagai cara, saya masih lagi tak berani nak menggayakan gaya yang extreme, sebab dah cukup selesa dan yakin dengan gaya suka-suki saya. dan pada hari kejadian ni saya pergi kerja tanpa make-up ataupun skincare sbb 2,3 menjak ni malas! 

2009 : shawl chiffon style dulu

Dah lama tak pakai shawl, sejak tudung bawal pun dah banyak yang murah2. tak payah pergi kelantan pun boleh beli tudung bawal RM 8 / pcs, aidijuma pun ada dekat dah (tapi still mahal), kedai kak ctredzuan pun banyak pilihan utk tudung bawal crown yang jadi kegilaan. 

Koleksi shawl boleh tahan banyak masa zaman2 gila shawl walaupun ketika itu menyedari muka amatlah membulat sekali. Tapi, im proud to be boolat. janji senang nak pakai, murah pulak tu. . 

2011 : bukit tinggi. si jendul konfiden dengan kejendulan dan kebulatan.

Disember 2010 : muka bulat, dahi jendul, pakai shawl dgn inner lekap di kepala. ada berani? :p 

Nov2012 : Biosafety Training ::
Kalau yang atas sekali tu half-moon yang bawah sekali ni pulak, full-moon. hihihiiii....

Awas penjual half-moon shawl, saya berkemungkinan menyerang kedai anda :p
Mrs. Farizal 
15 Nov 2012 / 1 Muharram 1434 H 
13:04 pm

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...