Social Icons

Friday, November 2, 2012

Convo-trip ciknani day 1

Percubaan utk marathon sementara tumpuan peminat susah mati Man U sebelah saya ni khusyuk tgk screen.

Sampai di Batu Pahat subuh tadi pukul 3 pagi, check-in mamai2 dan masing2 pengsan sampai dekat 9 pagi. Pemanduan betul2 teruji dengan hujan lebat yg tak henti2 sepanjang perjalanan. Satu benda lagi yg menyetresskan adalah gadjet terkini jalanraya abad ini "AES". Welldone!

Tengahari lunch di Restoren Bariani Power. Bagi saya rasanya sedap tapi bukan yg paling sedap setakat yg saya dah cuba. Nasi sedikit berjelatah dan bagi yang pilih kambing, lebih tulang dari isi. Apapun masih ok, silalah cuba.

Ciknani beriya ajak ke JPO sebab akaknya yg sorang ni tak pernah sampai. Sampai JPO hujan, keluar JPO lagilah lebat hujannya. Paling lama membelek di Coach, Fossil & Michael Kors.

Coach for women tak byk yang dari boutique (ada satu Madison Abigail Gathered Leather #18603 je, RM 5.7k, jd RM 3,192 lps sales 30% + 20%), kebanyakan yg lain mmg designated untuk outlet. Bukan memilih taknak beli Coach dari Outlet, tapi kalau nak beli boleh je beli direct dari Coach Factory Online. Utk readers yang mungkin terperasan kenapa saya sebut "boutique" dan kadangkala saya sebut "outlet", boleh google apa bezanya antara dua jenis jualan ni ya. Apapun, Kedua2nya ori!

Coach for men pulak yg baanyak berkenan di hati. Tote byk design yg agak unisex,tak canggung kalau perempuan yg galas. Tapi not in the priority list kami berdua.

Salah seorang adik salesgirl bertanyakan Madison Gathered Leather Lindsey #18643 yg kebetulan saya pakai harini, dia kata "akak mesti beli kat butik ni". Jwb saya sejujurnya "aah butik, tp kirim kat member kat US,butik tmpt kita sini akak tak mampu" Lalu kami pun tergelak2. Untuk readers yang berminat nak tahu apa bezanya design dari Coach Boutique berbanding Coach Outlet, jgn malas google okeh. Ada beza & tandanya. Kalau kalian dah biasa, mmg cepat je boleh differentiate bila tgk any Coach :)

Fossil bagi saya baaaanyak murahnya,dan hampir nak sama kot dgn harga jualan trusted online seller. Leather collection yang menjangkau RM 1.5 - 2k di butik boleh dapat dgn harga RM 550 hingga RM 800 di JPO. Which is almost 50-70% less than normal boutique price.

Pada pemerhatian saya pada kunjungan kali ni, banyak pembeli yg bawa pulang banyak shopping bag Carlo Rino & Padini, agaknya mungkin murah kot. Saya tak berkesempatan masuk tadi.

Awas! Jgn ada perception yg harga barang di JPO merundum sampai 90-95% dari harga asal butik di Malaysia. Takkanlah beg RM 5k kita nak expect mereka nak diskaun jual sampai RM 199. Sales 50% memanglah masih RM 2.5k jadinya. Be rational :p dah memang barang tu harga mahal kan.

Kalau nak tahu lebih tentang JPO, outlet brand apa yg ada, fasiliti yg disrdiakan, tempat makan, tempat solat, silalah terus ke laman web JPO okehhh ^__^

Oklah, nak tidur dulu. Esok nak bangun dan bersiap awal ke konvokesyen cikmok, eh ciknani :p


P/s : Ingatkan sy yg masih terhutang entry Lanzhou

Mrs. Farizal
Crystal Inn Hotel, Batu Pahat.
3 November 2013, 22:21 pm

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...