Social Icons

Sunday, November 4, 2012

Gajah menyusur

Mungkin peranan gajah menyusur masa cuaca petang angin sepoi-sepoi bahasa tidak berapa signifikan. Tapi di kala mentari tegak di kepala mahupun hujan turun mencurah takda tanda nak berhenti, peranannya jelas amat relevan.

Macam sekarang, kami serba taklena duduk sementara tunggu pak shuhay & ummi yg menemankan ciknani dalam dewan UTHM keluar. Ke pesta konvo sudah, tgk kereta drift sudah, solat sudah, makan cendol sudah, tawaf uthm berkali2 pusingan juga sudah.

Kawasan UTHM boleh dikatakan baru, masih pesat dengan pembangunan yg pelbagai design. Bangunan canselori, stadium, masjid, fakulti, tadika, perpustakaan semuanya serba baru. Untung mahasiswa & pensyarah. Ada keje kosong tak?

Dah kata kawasan baru maka haruslah pokok2 pun baru di tahap remaja, belum akil baligh sbb belum mampu beri keteduhan yang maksimum. Ada kawasan yg masih belum penuh rumput, jadi digantikan dgn lopak2 air tambah lagi musim2 hujan ni.

Dalam kepesatan pembangunan kampus ni, takda pun nampaknya ke arah pembinaan gajah menyusur di setiap ceruk kawasan, tak kira di fakulti, pentadbiran, mahupun hostel. Jadi agak sukar nak menapak dari satu tempat ke tempat lain dalam cuaca yg kurang mengizinkan begini.

Mungkin di sini saya nak usulkan pembinaan gajah menyusur dalam kampus UTHM untuk memudahkan mahasiswa, pensyarah, dan tetamu2 yg mungkin ramai bermusim. Anggota Palapes/ROTU mungkin tak berapa hairan sebab lebih dari hujan panas mereka sanggup redah.


P/S : siapa taktahu apa itu gajah menyusur, sila google sendiri. Biar baru nak tahu sekarang dari taktahu langsung.

saya rindu Uni saya!
Mrs. Farizal
UTHM Kampus Utama Parit Raja
4 November 2012, 5:45 pm




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...