Social Icons

Saturday, November 24, 2012

muka

disember 2012 ni baru genap 3 tahun jadi pengguna SK-II. senang nak ingat sebab semuanya bermula pada christmas sales 2009. 

sebelum tu tengah pakai Clinique (sebut pun tak pe kot kan, tak payah nak rahasia rahaasia kan?). pakai clinique tu pulak, sejak mula bergaji sendiri, bermakna sejak tahun 2005. maknanya 4 tahun jugak berclinique. hati ni macam biasa, selain tergedik nak menukar2 skincare product, yang sebenarnya kurang berpuas hati dengan kualiti kulit muka pada masa itu. macam tak ada perubahan yang signifikan selama 4 tahun dgn Clinique. 

saya pakai 3 steps Clinique yang "cleanse - exfoliate - moisturize" 

4 tahun okeh, tidak berganjak, setia. dari 2005 hingga 2009. dan malangnya tak menambah apa2 yang necessary mengikut keperluan masa tu. tak berani nak upgrade pakai macam2 benda.  

sebab fikir, 
"aku muda lagi, basis skincare je cukup, muka bukan teruk sangat"

yer betul. memang kulit muka saya takda jerawat ataupun kawah bulan mahupun gunung berapi. tapiiiii... tone saya tak sekata, dan kering. serta tidak bermaya (wahhh ayat). 

maka pada disember 2009, kaki pun ringan je melangkah ke kaunter SK-II Jusco Ipoh. dalam hati, betui ke tak betui kau ni teha. SK-II ni bukan untuk orang tua ke. usia pada ketika itu 27 tahun kurasakan amat muda sekali. (tak boleh blah kan?) 

bermula lah episod racunn baikkk-punya oleh amoi beautician SK-II yang mengatakan 27 tahun BUKAN muda. (sampai hati sob sob!). BUKAN muda lagi dia kata aii. terus sentap tahap 18 kuasa 88. menggelupur. (mudah diperdayakan kan kau teha, terbukti!)

ada banyak festive set yang diaorg tawarkan tiap kali christmas sales. biasanya ada commitement set / inspirational set / revival set / miracle set / discovery set / radiance set. semuanya ada kandungan yang berlainan, ikutlah kesesuaian keadaan kesihatan kulit muka masa tu, tak lupa jugak kesesuaian budjet :p 

lalu untuk permulaan, saya bulat hati mencuba Pitera Revival Setrevival set masa tu mengandungi :  
SK-II Pitera® Revival Set , Year 2009
· Facial Treatment Essence (FTE) 215ml / nickname "miracle water"
· Skin Signature, 80g 
· Facial Treatment Cleanser, 20g (freebies)
· Facial Treatment Clear Lotion, 20ml 
(freebies)
· Skin Signature 3D Skin Redefining Mask, 2pcs 
(freebies)
· Facial Treatment Repair C, 15ml 
(freebies)
· Signs Eye Mask, 1pc 
(freebies) 

dan saya tambah FT Cleanser 120g, sebab tengok cleanser freebies seciput je 20g, manalah cukup kan. (dah nama pun freebies teha tolong la). terus dapat member card dan mula kumpul point. 

Pitera Revival Set, Christmas 2009

ya amoi, memang kau diciptakan untuk jadi beautician dan sales promoter. 


lalu selepas itu, setiap kali hujung tahun, atau secara tepatnya semasa christmas sales, saya akan membeli apa yang patut di beli di kaunter SK-II, tapi tidak lagi di Jusco Ipoh (skrg Aeon Mall), sebab kekerekkan diaorg melayan customer yang kerekk jugak macam saya pada 2010. Bermula 2011, cintaku beralih arah ke kaunter SK-II Parkson Ipoh Parade. Dengan amoi nama "Moon". 

Yang bestnya Parkson ni, adalah dia ada 5x bonuslink point. Dan setiap hujung bulan dan christmas sales ada Parkson Voucher, untuk barangan kosmetik RM 30 voucher untuk setiap pembelian bernilai RM 150.00. Haaaah, berbaloi ke tak baloi. Sekali me'refill' barang2 skincare SK-II boleh dapat RM 200 - 300 voucher tau! jadi ada item yang kita boleh beli balik dengan voucher tu, harussss kena ada strategi penjimatan! 




Sejujurnya saya rasakan pelaburan ni amat berbaloi, dan berpuashati dengan kulit muka saya. Takda apa nak complaint. Saya bermula dengan basic set (seperti Revival Set Tahun 2009 di atas) yang mengandungi cleanser (FT Gentle Cleanser yg tak masuk set, saya tambah sendiri) - toner (FT Lotion) - Essence (FT Essence (Miracle Water ) - moisturiser (Skin Signature) dan kemudian step by step mula mencuba beberapa jenis essence dan moisturiser yang berlainan fungsinya mengikut keperluan yang direkemenkan oleh Beautician, hinggalah sekarang. 

InsyaAllah lepas ni saya akan kongsikan Review Product SK-II yang dah saya gunakan dalam masa 3 tahun ni. Selepas tu, satu entry lagi untuk Tips Penjimatan penggunaan SK-II ni. 


p/s : christmas sales 2012 dah start, maksudnya festive set pun ada available di pasaran. di bawah ni saya kongsikan festive set 2012, menariks kan. Untuk lebih lanjut boleh terus je ke laman web SK-II Malaysia (klik sini) 

Ini FT Essence Limited Edition. Lawa kan botol merah! Saya tak beli yang ni, sbb FTE yg tgh guna masih ada 2/3 lagi, dan festive set 2012 yang saya baru beli semasa sales baru2 ni dah ada FT Essence 215ml, tapi bukan botol merah lah :( 

Set ini ada FT Essence 215ml & Cellumination 50ml, yang lain2 tu freebies. 

Set yang ni pun ada FT Essence 215ml, kemudian ada FT Lotion atau toner, yang lain2 tu freebies. sesuai untuk yang nak berjinak pakai SK-II :) Kalau dah sesuai, lain kali boleh tambah moisturiser :) 

Set ini ada LXP Ultimate Perfecting Essence, 150ml, Serum 50ml, Cream 50ml, Cleanser 120g, Massage Fluid 200g, Mask 2 jenis, Eye cream. Saya belum pernah pakai LXP range :) 

Set ni rasanya ramai pelanggan beli, terutama yang nak refill FTE dan pertama kali nak cuba FTE. Dapat toner dan mask as freebies. Jgn lupa beg make-up jugak! worth it:) 

Haaaa.. saya cadangkan beli set ni untuk suami/isteri, atau boyfriend/girlfriend yang baru nak cuba FTE. Ada FTE satu utk women, dan satu untuk men! Freebies jugak ada utk lelaki & perempuan. 

Set ini pulak kita boleh dapat kalau kita tak berminat beli festive2 set di atas, jadi kita beli satu-satu (loose item) dgn harga sekurang2nya RM 1,100, kita layak dapat freebies macam dalam Set Fill-at-Will di atas. tak susah sangat nak cukupkan RM 1,100 tu, beli 2 loose item saiz besar biasanya confirm cukup. so memang layak dapat set ni even korang tak berminat dgn festive set yang lain. 


utk christmas sales tahun ni, saya pilih Pitera Revival Set lagi walaupun sbnrnya FTE 215ml saya masih ada 2/3 lagi. aim asal cuma nak beli Skin Signature (moisturiser) sahaja sebab dah tinggal sikit sangat, tapi alang2 pulak rasanya. Dgn set ni saya dapat upgrade Skin Signature 80g saya kepada moisturiser terbaru dari SK-II iaitu Stem Power, 80g. FTE pulak boleh simpan dulu dan macam biasa, freebies tu untuk kegunaan travelling saya ;) 

>> Saya dah update & buat entry Review Mosturiser SK-II. boleh klik di sini ya 

saya dah refill beli apa yang patut, anda bila lagi?;) 
mrs. farizal 
24 nov 2012 
6:52 pm 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...