Social Icons

Saturday, September 22, 2012

Marriot & Migraine

Sentap diri sendiri bila awal2 pagi semalam kepala dah mula buat hal. Awal pagi breakfast di Prescott Inn Kajang masih ok, dalam bas (perjalanan ke Mesyuarat Pengurusan & Professional di Ibupejabat JPV Putrajaya) boleh pulak pening2 manja! Dan mcm biasa, mula menyalut kepala dgn minyak cap kapak.

Ingatkan setakat pening manja, rupanya mmg dia terus tangkap kepala! Setibanya di Ibupejabat, di saat orang lain berpusu menuju ke Dewan Serbaguna MoA, makcik sorang ni menggeledah luggage di boot bas nak cari stok2 ponstan. Tangan dah siap menggeletar mcm org ketagih dadah.

Telan 2 bijik ponstan dgn linangan air mata. Mmg makcik kalah dgn penangan migraine, sakit taktau nak kata,rasa nak terkeluar hidung & bijik mata kiri.

Minta permission pemandu bas kami untuk stay dalam bas, dengan pelbagai posisi,saya cuba nak lelapkan mata. Rasa mmg dah serba tak kena. Duduk atas lantai bas tak kena, baringkan kerusi tak kena, baring atas dua kerusi tak kena. Sampai 30 minit berlalu, saya suruh pemandu tunjukkan surau yang terdekat, sebab rasa ISI PERUT dah nak terkeluar sangat! Dalam bas takda pulak plastik2 jajan.

Sampai di surau tingkat 1, terus keluar segala mee goreng sedap, karipap, ayam masak merah hasil breakfast. 5,6 das lontaran muntah sampai perit perut dan anak tekak. Kat tempat wuduk je uolss, nasib baik sempat.

Akhirnya terduduk atas tiles kat tempat wuduk tu sbb keperitan tekak, pedih perut serta letih muntah, sampai basah bontot baju sbb tak perasan tiles basah. Tapi mmg dah tak peduli apa. Kedengaran suara imam wanita mengimamkan solat, saya budjet mungkin muslimat sedang solat hajat. Agaknya kedengaran la bunyi uwekk2 saya yg tak cover2 langsung, serious all out!

Bila dah tenang sikit, saya masuk ke dlm surau dan sah, mmg sekumpulan muslimat tgh solat. Saya baring di penjuru dan taksedar apa dah hingga dengar suara dari mikrofon yg menjemput Ustazah bagi tazkirah. Dengan rasa bersalah dan segan, saya bersihkan muka dan terus keluar dari surau. Sakit tak kurang walau sedikit.

Alternatif yang tinggal cuma naik semula atas bas. Dan dlm keterpaksaan, saya melangkah ke bas. Sekali lagi tuning dan pujuk badan untuk tidur, sbbnya selagi tak tidur mmg takkan lega. Malang nasib mmg takboleh lena langsung tapi alhamdulillah sakitnya dah makin kurang. Tapi masih terasa loya& mata tak boleh nak pandang cahaya. Tak berani nak masuk meeting!

Lebih kurang pukul 1 tengahari, sedar2 kawan2 yg attend meeting pun dah naik bas semula. Maknanya, saya tak hadir meeting P&P langsung. Dan missed lunch jugak! Cemerlang.

Cukup ahli jemaah, bas pun bergerak ke Marriot Putrajaya. Check-in dgn muka sembab, tudung senget & baju kedut seribu akibat aksi tidur pelbagai posisi dalam surau dan bas. Tapi air liur basi saya pasti tak ada!

Adik kaunter pulak chinese duduk Ipoh jugak rupanya. Masuk bilik dan gagahkan diri buat pendaftaran conference. Lapik perut dgn cookies hotel.

Selesai pendaftaran, memerap di bilik dan memaksa diri tidur,tapi tak berjaya. Akibatnya, Grand Dinner merangkap Opening Ceremony di sebelah malamnya saya masih tak stabil, makanan masih takboleh masuk byk mana sbb angin menolak.

Pukul 11 malam tamattt semuanya, naik bilik dan tidur dgn amat2 lena. Bangun pagi tadi pukul 6:00 dan rasa sangat2 freshhhhhhhh, tak sakit dahhhhhh, alhamdulillahhhhh (senyum-melerek-cakap-tak-henti bila ditanya oleh kawan2 "ok ke tak?") Dan, mereka arif bila saya asyik sengih dan cakap tak henti tu mmg betul2 la sy dah sembuh sepenuhnya! Kalau tak, dah tak serupa org semalam... Hihihiiii

Harini happy! Syukur, dan boleh attend conference dgn semangatnya!

Okeh, kat bawah ni ada sikit gambar yg tak seberapa sbb amik dari hp je, dan tulis entry blog pun pakai hp jugak. Huhu.


Fresh & Cool,
m.r.s f.a.r.i.z.a.l
room 903, Marriot Putrajaya
22-09-2012, 2:18 pm

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...