Social Icons

Thursday, September 20, 2012

Risiko - Risau - Rasional

Haaah. Kalau tadi tahap UPSR, now tahap Bahasa Melayu PMR pulak. Tak lama lagi janjang aritmetik dan penaakulan mantik pulak akan masuk. Tak caya, tunggulah.

(nampak sangat kecelaruan emosi bila silibus bahasa melayu bercampur ilmu hisab tambahan)

Minggu lepas kan ke seminggu penuh attend workshop "Biorisk Management" haruslah semangat dan momentum masih utuh dalam kepala ni.

Saya adore Instructor kami (Dr Robert Heckert) yg sgt gigih bagi lecture dan bersungguh buat demo. Topik & Course material sgt2 signifikan dan relevan, instructor yang expert & penyampaiannya berkesan,dan dalam masa yg sama enjoyable!

Sampai rasa sedih pulak menjelang akhir workshop! (boleh gitu? Over!)

Kesimpulan saya sendiri :
1. Risiko ada di mana2, cuma beza tinggi atau rendah mendapatkannya
2. Risau pasti ada, sebab walau dah berjaga, kadang2 berlaku jugak yang tak terjangka.
3. Jadi sebelum buat sesuatu, kaji dulu risikonya. Baru kita sedar (aware) mana yg perlu risau, mana yang tidak perlu. Apa rasionalnya buat sesuatu, apa rasionalnya tinggalkan sesuatu.
4. Jangan lupa jugak, panduan (guideline) utk sesuatu menghadapi risiko tu. Dan praktis jugak!
5. 4 elemen di atas ni penting sebelum sesuatu tindakan dibuat!

Tanpa alatan yang canggih manggih kita masih boleh pastikan keselamatan rakan sekerja, keluarga dan komuniti di sekeliling kita!

Bunyi macam nak kempen keselamatan makmal pun ada ni!

P/S : dah lama tak buat pemantauan kesihatan diri sendiri (health screening). Teringat masa tahun pertama di VRI Ethidium Bromide tumpah atas lengan! Kalut dan takut sangat sampai tangan yang bersih sebelah lagi tolong SAPUkan Etbr tu masuk ke sink dengan barehand. Padahal boleh je terus lalukan dengan air yg banyak tanpa perlu sentuhan!

towards a safer world.
m.r.s f.a.r.i.z.a.l
Sungai Buloh PLUS Highway South Bound
20-09-2012, 6:32pm

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...