Assalamualaikum. Announcement!


Maaf sangat2 kepada readers semua sebab terpaksa melihat entry2 dalam blog ni dihiasi dengan gambar "No Entry" yang gedabak dan buruk sekali tu. Terdapat kesilapan teknikal. Segala kesulitan mata anda melihat dan kehampaan kalian (ayat tak leh blah nih) tak dapat tgk gambar2 tu amatlah saya kesali. Saya cuba nanti baiki sikit demi sikit. InsyaAllah.


tiara lake park

13-10-2012, 1:00 am


Wednesday, March 14, 2012

cerita pinggan mangkuk periuk belanga

Bestkan bila dapat blogging sambil driving :P

Bukan bermegahan sekadar mengekpresikan keterujaan pada benda yang saya gemar, boleh dibuat bila2 masa dan di mana mana yang saya suka.

Mukadimah ntah apa apa kan. Sebenarnya nak cerita pasal periuk belanga. Kan dalam status FB itu hari ada bertanya2 pasal langkawi, hajat di hati tu ada, insyaallah kalau takda aral nanti:) 

Asal pergi langkawi je cakap pasal periuk belanga tu la orang perempuan, punyalah baaanyak benda menarik kat sana. Sejujurnya, kami dah lama tak ke Langkawi, kali terakhir pada pertengahan tahun 2008, masa tu dapat complimentary trip dari GentingHub, penginapan di Awana Porto Malai. Not bad. Aktiviti shopping masa tu lebih kepada sudu garfu & set buffet. hehe. 

Aktiviti membeli belah periuk belanga lebih rancak ketika kami berada di Perth (masa tu tahun 2009). Design Corelle kat sana lain dari yang biasa ada kat malaysia. mana tak juling bijik mata sebab satu set yang 16pcs baru 87AUD (bersamaan RM 260) di BigW masa tu, boleh pulak encik suami tanya "cukup ke satu set?" mahu tak beli 2 set kan?:p tapi, gambar set Simple Line ni takda pulak rasanya. 

Setelah bersusah payah mengangkut corelle dari perth, tahun yang berikutnya kami ke Singapore pulak (waktu tu christmas sales). nak pulak yang tukang bawaknya memang hantu periuk belanga (Fizah), hehe. bagai orang mengantuk disorongkan bantal la kan :P kali ni kami beli di TANGS. kalau dibandingkan dengan pasaraya lain seperti Takasimaya, TANGS adalah yang termurah. 

2 keping gambar di bawah ni adalah hasil curi-curi tangkap dalam TANGS. jelas tak price-tag tu? boleh nampak harganya tak? 



casserole sakura, 3 ketul ni SGD 99.90 kalau tak silap saya. set ni kami dapat beli 1 set:) dan nak mengawankan casserole ni kami ambik jugaklah 21 pcs dinner set sakura jugak - tapi set ni takda mug T___T 

Pandai-pandailah uols zoom price-tag nyer ya. masa ni kat TANGS, orchard road, spore. 



dapat jugak rembats 2 sets Herbs Green yang 16pcs harga dalam SGD 79.90 rasanya. Encik suami berkenan sangat sebab nampak lain design tu. Herbs Green tu yang macam kat sini [tekan sini] . Periuk belanga lain yang murah di Singapore adalah Tefal, terjemurus juga. huhu. 

oleh itu tak pasti berapakah harga periuk belanga tu di langkawi, ntah2 lagi murah dari kat luar. penat ja kami angkut dari luar, ahahaha. kalau langkawi lebih mahal RM 20-30 dari luar rasanya masih boleh tahan lagi. tapi kalau beza harganya ratusan RM, ai tak rela membeli di langkawi. huhu. 

haihh, mmg tak habis kalau cerita pasal periuk belanga, nanti nanti sambung lagi. siapa tahu harga periuk belanga di langkawi, sudi-sudikan tinggalkan komen kat bawah okeh ;) 

p/s : kalau nak tgk design2 periuk belanga pinggan dan mangkuk boleh ke sini World Kitchen Asia[tekan] . Tapi tak semestinya semua design available di Malaysia okeh;) 

bye dah ngantuk! 

love love, 
mrs. farizal 
14-03-12 
00:04 am 

No comments:

Sila klik "OLDER POSTS" (warna biru kat atas belah kanan tu) untuk membaca entry-entry sebelum ini ^__^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...