Social Icons

Wednesday, March 7, 2012

Zahir di mulut zahir juga di hati

Dialog kat Tesco hujung minggu lepas (yang saya mencari whisper keliling tesco & guardin tapi hampa tu). Disebabkan takda apa dah nak beli, saya pun pergi ke tempat froozen dan mencari aiskrim. 

Saya ambil 2 kotak cornetto mini yang dalamnya ada 6 pcs tu dan terus ke kaunter. Lalu saya disapa oleh adik cashier tu (lelaki, mungkin umur sekitar 18-20 tahun) 

"banyak beli aiskrim kak"    adik cashier , sengih.
"oh, biasalah dik, anak ramai"    jawab saya , gelak. 

"haa, anak ramai, berapa anak akak?"    adik cashier, serius. 
"ala, 6 orang je"     saya, tahan senyum 

"haaa, ramainya biar betui" adik cashier, terjatuhkan tesco-clubcard saya yang dia nak pass semula pada saya 


motip saya bukan nak cerita saya perasan muda atau perasan tua. 

cuma nak kata, 
orang yang suka cakap loyar buruk pada orang, 
harus siapsedia untuk diloyarburukkan 
baru kau layak cakap loyar buruk :P 

orang yang suka melaser orang
harus siapsedia dan tahan bila dilaser orang 
baru kau layak melaser 

orang yang mengumpat mengata orang 
harus tahan dan kebal caci dan maki
baru layak kau mengata 

kalau mengata orang je pandai tapi bila kena diri sendiri kau opocot sana sini 
kau taklayak mengata orang dan eloknya duduk diam2 saja. 



saya tak meroyan, malah tengah senyum simpul. 


"......Apa yang dizahirkan di mulut semestinya terzahir dahulu di hati, Cuma ada kalanya mungkin tak sempat diproses dek otak, kemudian sesal bila sedar ......." 






night, hug, 
mrs. farizal 
07-03-2012 
00:02 am 



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...