Social Icons

Friday, March 9, 2012

Aeon Ipoh Station 18

Rasanya ramai yang sudah tahu tentang Aeon Mall kedua di Negeri Perak, iaitu di Station 18, Ipoh. Sempena dengan penjenamaan semula nama Jaya Jusco Stores Bhd kepada AEON CO. (M) BHD, mall ini telah diberi nama Aeon Ipoh Station 18. Kalau dulu, semua orang panggil Jaya Jusco tu "JJ" kan? Skrg ni fikir-fikirkan lah nickname baru ;) 

Lokasinya berhampiran dengan kediaman saya, rasanya 5 minit pun tak sampai dan sudah tentu faktor utama untuk menyesakkan trafik di kawasan kami. trafic light pun dah bertambah. hukks! 

Di bawah ni ada beberapa gambar yang saya ambil minggu lepas, dari arah gerai makcik sedap yang betul-betul berhadapan dengan Aeon Mall ni.  gambar pun gambar henpon je okehh. 


wing paling kiri dari pandangan saya waktu tu la



bahagian tengah yg saya kira mestilah main entrance untuk mall ni



ini pula wing yang kanan sekali


wing yang tengah tadi



Carpark pun nampaknya dah siap. 

Dengan keluasan 17.6 ekar, 160 lot kedai dan 2,300 tempat parking kenderaan menjadikan AEON Ipoh Station 18 ni di antara 5 AEON Mall yang terbesar daripada 29 buah mall nyer di Malaysia. AEON Mall yang terbesar adalah AEON Bukit Tinggi, Klang yang berkeluasan 26 ekar serta 5,000 kapasiti parking (merupakan Mall yang ke-3 terbesar juga di South East Asia). 

Suka hati sebab ada mall yang dekat dengan kawasan rumah. maknanya senang nak berdating dan tengok wayang dengan sang suami, keluarga, mahupun berdating dengan diri sendiri. senang nak main bowling (harap ada bowling kat dlm), senang nak cari makanan bila tiba hari malas masak, senang nak cuci-cuci mata bila-bila suka, boleh singgah ontheway balik kerja saja. 

Saya begitu mengharap senarai kedai-kedai dan restoren berikut ada di AEON Ipoh Station 18 ni :- 

1) Kinokuniya (sbb MPH & POPULAR dah ada kat AEON Ipoh) 
2) Crabtree & Evelyn
3) L'OCCITANE EN PROVENCE
4) Charles & Keith 
5) Kenny Rogers (pls, supaya ai takyah gi jauh2) 
6) Manhattan Fish Market (pls, kat ipoh takdak) 
7) Sushi King (pls also, nearer pls) 
8) Secret Recipe (pls, am a big fan of u, pls) 
9) Dominos (yes, we definitely need u nearer) 
10) last but not least, HABIB (pls, ipoh takdak, terliur tgk promo hanya di FB) 
11) Longchamp setidaknya, lagi bagus coach (jgn harap ai nak beli kat mall kat blog berlambak murah2 direct dari US/EU, tapi setidaknya ai boleh feeeel, tengok & cuba)

Oh ya, khabarnya dah nak beroperasi hujung Mac ini. 
Sama-sama kita serbu ok:) 


saya teruja, 
Mrs. Farizal 
Tiara Lake Park 
09-03-2012 
8:28pm 

6 comments:

Rin said...

aku harap ada Nandos juga. so peri-peri....nyum nyum.

Ahmad Azim Asri said...

nandos, caring pharmacy, daiso, pizza hut, secret recipe antra kompom bukak!!!!hehe

mrs. farizal said...

@Rin, yummeh!

@Ahmad Azim Asri, oh ya ka? bestnya!!

Ahmad Azim Asri said...

+ got cotton on, calvin klein, mango, esprit n so onnnnn..hehe

mrs. farizal said...

@Ahmad Azim Asri,

nampaknya anda sangat2 alert!
org dalam Aeon kah?;P

Anonymous said...

Kinokuniya,Kenny Rogers,Sushi King,Secret Recipe ada di Aeon Station 18...KFC, Pizza Hutt, Starbuck (opening soon), Coffee Bean, Papamia, Sakae Sushi, Nandos, Baskin Robin n banyak lagi di sepanjang Restaurant Street.

FYI Calvin Klien tidak terdapat dlm Aeon St 18.Cotton On, Padini, Mango, Esprit,Guess (opening soon), Guess Watch, Quick Silver, Hush Puppies, Body Shop, La Senza and so on...terdpt juga TGV di 2nd floor.

Sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...