Social Icons

Monday, January 2, 2012

Kemalangan Ngeri 1 Januari 2012 : Manjung

Berhati-hatilah memandu, jangan ikutkan rasa, jangan ikutkan hati. Jalan raya bukan medan menunjuk perasaaan, bukan medan bermegahan. 

Ngeri sungguh membaca liputan Harian Metro Online dan Utusan Malaysia Online. Boleh klik link di atas. 

Saya akui, Jalan Setiawan-Lekir memang bahaya, ianya tidak jauh dari kampung halaman saya (Hutan Melintang, Teluk Intan). Jalan ini makin menjadi alternatif popular untuk orang ramai yang hendak ke Utara tanah air sejak wujudnya Lebuhraya Lumut-Jelapang-Ipoh beberapa tahun dahulu. Jalan Persekutuan dari Kuala Lumpur - Kuala Selangor - Sabak Bernam yang menghubungkan 2 negeri ini juga sudah amat selesa bagi yang mahu mengelakkan tol bagi orang ramai yang datang dari Selatan. Ini juga puncanya mengapa aliran trafik di Jalan Lekir-Sitiawan ni makin hari makin sesak. 

Kenderaan berat seperti lori dan trailer juga amat banyak terutama di waktu malam. Walaupun ada lorong kecemasan tapi sering disalah gunakan untuk memotong, begitu juga dengan ketiadaan lampu jalan mengakibatkan pemanduan malam yang sangat berisiko. 

Al-Fatihah buat mangsa dan takziah pada keluarga dan sahabat handai mereka. 

Moga jadi peringatan pada kita semua. 



Video Kemalangan : Ehsan Metro TV



"Menurutnya, nahas berlaku apabila MPV tersebut yang dari arah Sitiawan hilang kawalan ketika cuba memotong kereta Honda Civic di laluan kecemasan. 

Katanya, MPV berkenaan kemudian masuk secara mengejut ke laluan hadapan kereta Honda Civic itu lalu hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan treler dari arah Teluk Intan. 

“Ia menyebabkan MPV itu berpusing dan terbalik beberapa kali sehingga ramai penumpang kenderaan itu tercampak keluar. Seorang terjatuh di atas kereta Honda Civic berkenaan. 

“Treler tersebut pula terbabas ke kanan jalan dan merempuh gerai buah-buahan di tepi jalan. 

Difahamkan, treler itu dalam perjalanan dari Port Dickson, Negeri Sembilan ke Pulau Pinang,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati MPV tersebut dipercayai dipandu laju melebih 120 kilometer sejam berdasarkan keadaan kenderaan yang tercabut bumbung dan tercampak sejauh kira-kira 50 meter dari tempat kejadian... " 


Petikan Metro Online


“Saya hampir terpijak biji mata seorang mangsa tercampak di atas jalan, malah ada tali usus mangsa turut terkeluar,” kata seorang pegawai kerajaan yang juga saksi kejadian, Hasni Hashim, 45.


Menurutnya, dia kemudian bergegas melihat insiden itu sebelum mendapati banyak tubuh remaja lelaki bergelimpangan di atas jalan dan tepi gerai.


“Suasana ketika itu amat mengerikan apabila ada tubuh mangsa yang putus hingga terkeluar isi perut, otak dan mata,” katanya ketika ditemui wartawan di lokasi kejadian. 








Tiara Lake Park 
2 Januari 2012 
3:03 PM 

4 comments:

ieda said...

sedihh dik
7 orang mati sekaligus
pelik sbb ramai betul dlkm kereta tuu
setahu akak MPV nie jenis stream leh masuk 7-8 org , nie 10 org !!
huhuhu dah ajal mereka

x sanggup nak baca sbb sampai ada cebisan daging yg terlekat di kedai yg dirempuh huhuh

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

@kak ieda, yes betul, macamana stream boleh masuk sampai 10 org! bab bijik mata & cebisan daging tu, kalau saya yg tengok mesti takleh lupa sampai bila2

Woofer Storm said...

takutnya bila baca artikel ni.ermmm smoga kita lebih berhati2 dimasa akan datang..

follow sini..

Realiti Maya said...

Jalan tu memang seram ler akak. dulu best ikut situ sebab boleh bawa laju. trafik kurang. sekarang dah banyak kereta.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...