Social Icons

Monday, January 30, 2012

Bila pena mula berbicara ia mungkin berbisa

(okeh, saya aim nak tulis entry ni less than 5 minutes, sebab belum mandi & nak isyak sekali) 

Siang tadi, kami dikunjungi oleh Pengarah Bahagian kami. 
Lawatan awal tahun. 
Lama jugak tak jumpa beliau. 

Strateginya kali ni, selain dari ingin menentukan 'priority area" bagi tahun baru ini, beliau juga ingin tahu apa yang terbuku di hati kami. 

--------------------------------------
Lalu ditanyakan soalan. 
"Ada apa-apa nak tanya, ada masalah? isu?" 
---------------------------------------


Dalam bilik seminar ada 45 orang. 
Senyap. 
Takda siapa dan apapun yang berbunyi. 
Sunyi. 

Lalu, beliau berikan setiap seorang kepingan kad manila yang dipotong-potong kecil. Seorang dapat 5 keping kad. 


--------------------------------------
"Tuan2 puan2 semua boleh tulis dalam kad ini, satu kad, satu masalah/isu/halangan/kelemahan yang hendak diutarakan" 

"Belah depan tuliskan apa masalahnya, belah belakang, sekiranya ada cadangan sila ajukan" 
---------------------------------------


Dengan masa yang diberikan hampir setengah jam. 

Hasilnya, cik teha sampai tak cukup kad, 
dan terpaksa koyak diary sendiri !! 



Take home message : pena itu berbisa dan bila mula menari, mungkin lebih lantang dari suara :) 


Ok, saya perlu mandi dan solat,
Tiara Lake Park 
30 Jan 2012 
9:36 pm 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...