Social Icons

Tuesday, January 31, 2012

Ombak Rindu | Bicara Hati | Gemersik Kalbu | Vanilla Coklat | Ariana Mikhail

Kebanjiran Filem/Drama adaptasi novel terulung! Kan? 
Nampak trend di situ. Satu yang baik.  
Novel boleh jadi laku bagai goreng pisang semula. 
Makcik-makcik dan muda mudi macam saya (LoL) kecoh nak balik rumah awal sebab nak make sure pukul 7 malam semua serba serbi dah siap dan boleh duduk depan tv! 

----------------------- 
:: Ombak Rindu ::
novel tersohor, tapi malangnya filem adaptasi tidak begitu terkesan di hati. the only thing yang SANGAT membantu selain dari Aaron Aziz ialah OST Ombak Rindu oleh Hafiz & Adira. Thumbs up! 


----------------------
:: Bicara Hati ::
saya hampir tidak ingat apa konflik yang terjadi antara Zahlia dan Tengku Syahran, tapi rasanya nama tu sinonim di fikiran saya, maknanya pernah lah baca!  Saya baru berkesempatan melihat 2 episod hingga hari ini, tapi buat saya nak tgk lagi! 

Cuma yang saya kaciwa sebab waktu siarannya yang hanya seminggu sekali T__T (nak tengok hari-hari boleh?). Btw, Sharnaaz Ahmad ni cakapnya mmg ada slanga eh? 



----------------------
:: Gemersik Kalbu ::
Saya tak pernah baca novelnya. Tapi drama ni saya ikut dari mula, walaupun adakalanya sesekali datang boring dengan jalan ceritanya, terutama part awal. Tapi bila Raihana dan berjumpa dengan Suffian plotnya semakin menarik! Hari-hari tengok tak missed weh! 


"Ingin ku gigit-gigit cuping telinga kecilmu"... LOL 


----------------------
:: Vanilla Coklat :: (Saya rasa bukan adaptasi novel, cuma waktu siarannya semusim dengan cerita2 novel lain)
Iya, saya minat Izara Aisyah walau dalam masa yang sama saya masih dibayangi watak antagonisnya dalam Soffiya. Seperkara lagi, waktu siarannya yang clash pulak dengan Bicara Hati. Jadi, apa boleh buat ?  


----------------------
:: Ariana Mikhail :: (Saya pun rasa bukan adaptasi novel, cuma waktu siarannya semusim dengan cerita2 novel lain)

Saya tak pernah tgk langsung. Jadi no komen. Boleh? 



Nota kaki : Saya langsung tak boleh recall novel melayu apa yang terakhir yang baca. huhu. 

Okeh, sebenarnya tgh tgh Bicara Hati ni :) 



Tiara Lake Park 
31-01-2012 
9:27 pm 



6 comments:

achik said...
This comment has been removed by the author.
achik said...

drama ariana mikhail ni rasanye adaptasi novel Aisya sofea xsilap sy..tajuk novel ni Jauh..watak utama utama wanita namanya Kay n husband dia xingat sape..sbb jalan ceritanya sama..diorang berkahwin di luar negara..then berpisah..cuma dlm novel tu,watak lelaki yang tinggalkan si wanita sbb ayah KAy ni xsukakan suami Kay ni..then dia xtau yang dia ada anak sbb terus lost contact..yup..novel Jauh..tapi penulis xberapa sure..

achik said...

hahak..silap la pulak..maaf ye tuan blog..bkn novel Jauh..tapi xingat novel ape..tapi penah baca novel tu..t sy cari balik novel tu..hehe..malu nyer..

achik said...

novel aisya sofea tajuk sehangat asmara..kay n zainal..lebih kurang sama je cerita novel ni n drama ni..best2..

nai_syam said...

saya setuju dgn achik.. saya sampai google nk tau ada tak org kaitkan ariana mikhail ni dengan sehangat asmara. sebab saya pun rasa ariana mikhail tu tiru jalan cerita sehangat asmara aisya sofea. tapi ada pertahankan kata karya asal.. hmm.. silap la tayang citer iras novel pada musim ni, permulaan tu sama la hero tu sombong gila, then jatuh cinta, nekad kawin, bezanya suami yg tinggalkan isteri sbb kena ugut dgn parents si isteri.. then yg bestnya bila jumpa balik asyik nk mengorat balik wife tu, gunakan anak as alasan. sweet sgt citer tu, bg saya antara the best! novel aisya sofea semua best kalau yang style ngorat2 nih

Kay Amin said...

Sblm ni tgk kejap2 je tp hari ni baru tgk betul2 episod Ariana Mikhail. And baru perasan mmg seakan2 Sehangat Asmara, tu yang google terus nak tau mmg adaptasi ke tak. Setuju, ada persamaan, my feberet novel ni, sentiasa di sisi, smpi kuning kekokoan warna kertas sbb asyik ulang baca. kikiki

Ingat lg, belek2 novel ni kat lobi Metro Kajang, masa tu ada sale, terus beli sbb nama heroin sama, Kay. Pefeeling jd watak utama novel.. hehe. Sgt best!!

Ni nyesal tak tgk awal ni, lg pun tajuk drama tak menarik. Haha. Harus ku menyedut drama ni jap lg.

Thanks for the info. ;-D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...