Social Icons

Tuesday, January 3, 2012

l.o.n.j.a.k.a.n

Takda angin takda ribut takda guruh tiba-tiba letak tajuk pasal melonjak lonjak ape cerr kan. Eh bukan kinja, ini lonjak :P 

Hari pertama kerja di tahun 2012, disambut dengan mesyuarat JK Induk yang dari pagi hingga ke petang. Dari semalam lagi saya telah berlapang dada, berehat secukup-cukupnya, menenangkan diri serta bersedia mental fizikal kerana pasti cabaran 2012 sudah menanti. InsyaAllah saya bersedia;) 

Takda angin takda ribut takda guruh, cerita mesyuarat takkan nak tulis sampai ke blog. 

Tapi...
Apa yang lekat di kepala hingga ke saat ini adalah berkisarkan "LONJAKAN" 
Apa yang perlukan lonjakan? 
Bagaimana hendak lakukan lonjakan? 
Lalu, apa strategi untuk melonjak? 
Dengan siapa mahu buat lonjakan, cukup seorang diri? 
Berapa kuat mahu melonjak? 
Bila sudah melonjak, bagaimana mahu pastikan mendarat dengan selamat? 
Supaya tidak tersalah langkah. 
Bila sudah mendarat, lalu apa yang dikecap? 




Ini teknik melonjak dalam PJK  (Sumber Gambar Di Sini)


Kalau dalam Pendidikan Jasmani juga,  ini namanya lonjakan pendek (Sumber Gambar di sini





Ini juga lonjakan dalam konteks yang tersendiri


Itu amanat untuk difikir-fikirkan. 
Itu amanat untuk tidak duduk diam. 


Otak masih tidak dapat berdiam

Tiara Lake Park 
3 Januari 2012
9:56 PM 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...