Social Icons

Tuesday, September 3, 2013

Travel-ing again :: Incredible India #1



Dalam pada meroyan masih ada waras.
Dalam serabut kepala masih ada lapang.
Dalam kekang masa masih punya waktu.
Alhamdulillah.

Kami (saya dan Lily) selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, Delhi pada jam 2250 malam 1 September 2013 (Isnin). Kami dijemput dengan kereta hotel terus ke Hotel Red Fox yang terletak lebih kurang 40 km dari lapangan terbang. Perjalanan ambil masa selama lebih kurang 1 jam. Perjalanan kali ni tak kurang letihnya walaupun cuma transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura untuk 2 jam. Agaknya, badan masing-masing dah sememang penat dek kerana terlalu banyak urusan saat akhir yang terpaksa dibereskan sebelum terbang. Sampai tak sempat nak jumpa staff & kawan-kawan tempat kerja!

Sepanjang perjalanan, mata yang asalnya amat mengantuk terus tak jadi lena sebab terkejut melihat persekitaran baru di depan mata. Macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya. Itupun, kami telah banyak dapat info dari kawan-kawan yang dah pernah ke India pada tahun-tahun sebelumnya. Ada yang dah pergi Hyderabad, Bangalore dan Delhi sendiri. Rupanya dengar cerita dengan alami sendiri adalah tidak sama, sama sekali. Saya memang tak percaya hingga ke tahap ini apa yang ada di depan mata. Amat tidak percaya.

Berkenaan apa yang dilihat dan serba sedikit pengalaman di sini yang baru saja masuk hari kedua, insyaAllah dalam tulisan yang seterusnya. Hingga jumpa lagi, dari saya yang masih cuba sesuaikan diri :) 

Mrs. Farizal
New Okhla Industrial Development Area (NOIDA)
Uttar Pradesh
3 September 2013
8:01 malam

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...