Social Icons

Friday, August 30, 2013

Travel-ing Again :: India Visa

Bab 1 : Royanan (seperti biasa) 

Pengalaman tak berapa seronok buat visa harini. Pertamanya sebab kami pergi dalam keadaan yang tergesa. Mulanya rancang ke embassy hari selasa kelmarin, tapi dapat arahan kena datang ikut appointment yang ditetapkan oleh pihak embassy sendiri, iaitu harini (khamis) sebabnya nak beri air-ticket dan mendengar taklimat. So kami akur ikut appoinment. Kami lewat 30 minit sebab mencari India Embassy yang terletak di Menara 1 Mont Kiara tak jumpa2. Huhu. Diaorang baru pindah 6 bulan, kedutaan sebelum ni adalah di Jln Duta. 

Bab 2 : Prosedur 

Selepas scan badan & handbag kami diarahkan buka untuk tengok isi perut beg, kemudian kami diminta oleh guard utk terus ke kaunter dan tunjukkan surat tawaran untuk membolehkan jumpa pegawai kedutaan bertugas yang namanya dah tercatat dalam surat tawaran kami. Kami akur, tapi malangnya kaunter kata "you have to wait, Mr Meyappan was not in his room & im not the same department with him". 

Saya macamm. Ohh. Sabar. Sabar. 
10-15 minit jugak bersabar dan mengharap pegawai tersebut notice kehadiran cuma 2 orang budak comel bertudung di kalangan lelaki2 perkasa berbangsa india tu. akhirnya seorang pegawai merapati kami dan memperkenalkan diri. Kami di ajak ke bilik berlabel "interview room" yang rupanya 2 in 1 dengan bilik guard rehat & pantry juga. Ada mug dah berisi, meja ada serpihan biskut dan aroma bilik kepam. Dalam hati kata "ujian pertama baru teha, sabar". 

Selesai proses semak borang, serah passport dan temubual ringkas, kami diarahkan datang semula pada jam 4:30 pm yang merupakan "collection time" untuk visa yang dah proses. Sekali lagi, kami akur. 

4:15 pm kami dah terpacak di tingkat 28 tu tak sabar ambil visa & air ticket. Konon. Kami dipanggil masuk dan pegawai tu kata permohonan kami masih belum lulus dan pegawai yg bertanggungjawab untuk meluluskan tiada. The best part was "you have to come again tomorrow at 9:30am". Of courselah kan. Dah tak selesai, confirm kena datang lagi. Ipoh-KL marathon. Adoii la. Kalau takboleh proses kenapa kau suruh datang khamis, baik jumaat je. Sia-sia datang. 

Dann, 
Apasal pukul 4:30 pm baru nak bagitahu takboleh proses. Pukul 12 tengahari takleh bagitahu? At least kami boleh awal ke ipoh. 

Bab 3 : Pengalaman buat visa negara lain 

Saya tak banyak mana pengalaman, tapi bolehlah buat sedikit perbandingan walaupun tak seberapa. 

Visa Australia - kami pergi tahun 2009 sahaja. Application online. Buat bayaran dan dapat approval. Takda masalah langsung. Boleh buat awal2. 

Visa China - Kemasukan yang pertama ke China adalah official trip ke Lanzhou tahun 2012. Pergi embassy dengan geng2 dan pemandu. The whole process tak sampai 10 minit. Efficient! Kaunter banyak. Tak renyah. Tak banyak songeh. 

Visa umrah - April 2013. Takda pengalaman ke konsulat/kedutaan sebab Andalusia yang buatkan semua tu. cuma dokumen lebih sikit sebab kena ada bukti pertalian dengan mahram (sijil nikah, sijil lahir etc), tapi takda masalah bila dokumen lengkap. 

Harap permohonan untuk negara sendiri Visa Malaysia tak renyah macam Visa India, biarlah pelancong2 takda complaint pasal kedutaan Malaysia & dimudahkan masuk Malaysia. Mudahkanlah, jangan susahkan. 


Bab 4 : Makanan sebulan (lah sangat) 


Maggi 3 beban 
Air 3in1 2 beban 
Biskut 2 jenis 
Cekelat 2 jenis 
Bubur 2 paket 
Cekelat batuk 4 peket 

Sampai ipoh dari embassy, terus pecut ke aeon bershopping therapy beli makanan bila fikir esok (jumaat) masa akan terbuang sekali lagi ke embassy, takda masa nak membeli. Jumaat adalah hari yang kritikal. 

Mudahkan ya rabb, mudahkan ya rabb. 

Mrs. Farizal 
28-8-2013, 2345pm 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...