Social Icons

Thursday, August 29, 2013

Travel-ing Again :: Prep

Bab 1 : Royanan 

semalam (selasa) dapat tahu yang permohonan untuk mengikuti kursus di Delhi, India diluluskan. tak tahu nak suka ataupun duka. kalau seminggu dua mungkin boleh sedapkan hati "ala, anggap je macam pergi vacation, just enjoy yourself". tapi kalau 4 minggu yakni sebulan, nak anggap vacation ke punishment. (perhatian sila baca : makjemah kan suka meroyan, korang dah biasa kan, so sila redha & chill je baca okeh. makjemah kalau menulis memang tak ingat dunia, sebab tu kena ada blog, tapi di mulut tak terkeluar ayat sedemikian rupa, di hati lah pulak, ada taman yang berbunga-bunga. jadi kalau ada ofismate yang baca blog ni, takyah la nak copy-paste royanan makjemah dan buat skrip permainan telefon karat masa teambuilding yer, kalau korang copy-paste lagi mak jemah saman di bawah saman hak cipta, hakhakhaktuii).

Sebenarnya dapat memo arahan berkursus ni seminggu sebelum raya. sibuk la medical check-up bagai lagi 2 hari nak raya. kemudian, masa raya lupa kejap. naik kerja selepas cuti raya belum ada khabar berita, hinggalah semalam. Mula-mula berita disampaikan secara verbal dan kemudiannya surat tawaran menyusul. Sebelum dapat tahu keputusan, gigih bagitahu diri sendiri hari-hari "rilex, rilex, taktahu lagi pergi ke tak, baru mohon je, entah2 tak approved". senang lenang lah konon setkan gitu kan. sekali lagi 4,5 hari nak terbang, approved lak. hamikk. 

checklist trip terakhir tahun lepas - lanzhou 15-19 Okt 2012. checklist delhi2013 ni belum buat lagi, uhuks.

Bab 2 : Kesan signifikan Video "Rahsia Kesedapan Roti Canai" di bawah ni dengan emosi saya sekarang

oh ya, terima kasih hasril (librarian kami) dan husband saya pun dua kali lima buli isteri sebab menyajikan saya dengan video peniaga restoren di india yang ..... tak  lalu nak teruskan. terima kasihlah banyak T____T. Sila tonton bagi yang berani mati sahaja. 



dah hilang loya ?
dah?
belum?

bagi yang belum, sabar. sabar.
anda mesti sesabar saya.
anda mesti sokong saya.
anda mesti sedapkan hati saya. 

Bab 3 : Makanan Halal di India

disebabkan kurang (read : memang) tak berpuas hati dengan video yang disajikan. cepat-cepat balik saya google tentang HALAL Food in India. InsyaAllah, bila halal, maka kita akan yakin bahawa makanan adalah yang terbaik dari bab sumbernya, penyediaannya, kualitinya dan kebersihannya. Di bawah ni adalah hasil carian di google :

Senarai restoren Halal di India -

Halal India (macam Jakim kita la) -

Lonelyplanet -


Saya jenis yang tak kisah pasal makanan. Jangan salah anggap, BUKAN tak kisah halal haram. Tapi tak kisah makanan JENIS apa, sebab rasanya semua jenis masakan saya boleh makan. Malaysia (Jawa, perak, pahang, kelantan, johor, minang), Indonesia, Western, India, China, Saudi, mamak. Saya langsung tak rasa masalah bab makanan bila travel. Tapi kali ni, saya rasa saya kisah, bukan bab kesedapan makanan tapi bab kebersihan! Hygine! 

Bab 4 : Persediaan lain

Serius! Memang takda perasaan nak bersiap, takda mood nak packing. Kerja berlambak kat ofis, keadaan rumah yang sedang renovate juga belum sempurna. Serabut! Sampaikan dua tiga hari ni demam selsema pun On Off. Tapi, arahan tetap arahan, kena laksanakan. InsyaAllah. Ingat nak buat checklist dulu. Makjemah memang jenis kalau tanpa checklist mak jemah akan lost (read : confirm lost).

Yang penting, bab passport dan visa. Passport valid, visa pulak esok nak ke Embassy, terus collect air ticket. siapa yang nak tengok2 requirement untuk visa india, boleh ke : 


Mintak-mintak la dapat direct flight & depart hari Ahad. Sebabnya kalau banyak transit, tinggi kebarangkalian nak bertolak hari sabtu. lepas tu kena fikir lagi perjalanan dari Ipoh - KLIA. lemah jiwa raga memikirkan! sebutir barang tak siap lagi. kain baju dan makanan, gadjet2 entah kemana semua. oh ya, nak cari powerbank! 

bukan saja-saja nak last minute, tapi selagi tak dapat air-ticket di tangan, memang lah berat nak buat preparation. dah dapat barulah ada feel. kot. nampaknya esok (khamis) akan seharian di Embassy. Petang nak pos Ephyra pada customer, penghantaran terakhir sebelum saya ke Delhi. huhu.

yang benar,
makjemah tersepit

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...