Social Icons

Saturday, March 26, 2011

wajar ke contact dengan EX? cer citer!


Disclaimer : entry ini tidak bertujuan menyinggung sesiapa, cuma satu lontaran pendapat yang tak seberapa. tiada kena mengena dengan diri saya, keluarga saya atau sesiapa saja yang saya kenal. okeh, pls dont get me wrong;)


Intro first okeh :: pendapat ini berkenaan hubungan suami isteri yang telah berrumah dan bertangga, kepada yang belum ada ikatan tu, pada saya anda tak salah nak kawan dengan siapa sahaja kerana anda memang perlu memilih pasangan hidup. yang belum kawen boleh tengok di sini dulu untuk tip2 persediaan nak kawen:P



Soalan 1 : Berapa ramai girlfriend/boyfriend anda sebelum bertemu jodoh dengan suami/isteri anda skrg?
a) pasangan anda skrg adalah first love anda - kekasih awal dan akhir,
b) mungkin juga suami/isteri anda ialah kekasih yang kedua, ketiga, atau kelapan mahupun ke sebelas. (ramai gila!:p)



Soalan 2 : Pasangan anda sekarang adalah kawan baik anda, atau anda ada kawan baik lain? Kalau ada kawan baik lain selain suami/isteri, lelaki kah dia, atau perempuan kah?

a) besfren saya kawan sekolah rendah dulu, budak lelaki, saya perempuan
b) besfren saya classmate masa kat uni dulu, budak perempuan, saya lelaki
c) besfren saya? suami/isteri saya skrg la, lagi mau tanyaa??
d) besfren saya diri saya sendiri, saya tak percaya siapa2 walaupun pasangan saya




Soalan 3 : Setelah berkahwin, anda ada hubungi EX pasangan anda dulu?

a) ada sebab satu tempat kerja,
b) mungkin ada setakat YM2 saja,
c) mungkin ada setakat di Facebook/Twitter saja,
d) mungkin anda langsung tak teringat pun kat EXes anda,
e) mungkin sesekali terdetik juga di hati anda apa cerita dengan EXes anda,
f) atau mungkin anda pun tak peduli apa jadi kat dia. lantak kau lah.
g) ish, Ex saya = bestfren saya. lepas clash kami sepakat nak jadi bestfrem. hari2 terjumpa, sesekali keluar sama, isteri saya pun tau lah, dah kenal macam ahli keluarga.



Soalan 4 : Anda nikah kena paksa ke? atau memang suka sama suka?

a) saya kena paksa, saya dah ade boyfren, dah lama kawan, tapi mak tak suka
b) ishh, suka sama suka la, saya yang pilih sendiri, saya yang nak kawen kan, bkn org lain
c) suka sgt pun tak, benci pun tak, dah dia pinang saya, jodoh saya, terima je lah.
d) kami dah bercinta 10 tahun, duit pun byk dah hbs masa bercinta, kalau tak kawin rugi la.



Dah jawab dah soalan di atas? hhehe:p


Sekarang izinkan hamba memberikan sedikit pendapat.

Berkenaan soalan No 1
Idak le siapa pun nak kisah berapa ramai dah anda berkawan sebelum jumpa jodoh yang Allah dah tentukan. Bagi yang ramai sangat EXesnya, mungkin Allah nak duga dan uji sejauh mana kita menghadapi seseorang tu, dan pengalaman dari situ boleh digunakan dalam rumahtangga kelak. Jadi takyah nak menyesal ke mengungkit ke, yang dah lepas biarkan lepas. Bagi yang jumpa2 orang pertama terus dipinang/meminang, maka alhamdulillah lah, Allah tak uji kamu dari sudut tu. Orang lain jenuh nangis bengkak mata meroyan setiap kali clash dengan EX!


Berkenaan soalan No 2
Benda ni terlintas di fikiran saya. Isu besfren ni. Nak-nak kalau yang berlainan jantina, yang sama jantina idak le heran sangat sebab perkara biasa, hehe. Perlu ke ade besfren yg berlainan jantina selain pasangan kita? kalau macam tu buat apa kawen kalau pasangan kita sekarang kalau dia tak mampu nak jadi besfren kita?

Ada masalah ngadu kat orang lain, balik rumah isteri tanya ada masalah pape ke, suami diam je cakap takda apa. Yang isteri pulak dok berbalas sms dengan besfren dia konon tengah cerita pasal masalah boss yang tak habis2 membuli. kenapa tak cerita pada pasangan anda je?

pasangan saya bukan a good listener! saya lebih selesa cerita segalanya pada Ex saya, dia dah macam besfren saya. oh, pandai bagi alasan yer!! begini, bagi saya, memanglah sebelum berkahwin dengan suami/isteri kita manalah kita nak kenal dia sepenuhnya, bila dah kawen baru tau dia macamana orangnya. mungkin pasangan kita bila balik kerja dia tak suke dengar hal2 masalah kerja, jadi janganlah cerita masalah kerja kat rumah, cari lah port/masa lain cerita pada dia. semakin lama anda berkahwin bukankah anda semakin mengenali pasangan anda, anda takkan lah tak tau bila masa yang sesuai nak bercerita dengan pasangan anda!

tau tak, dengan luahan2 perasaan ini lah yang menjadikan hubungan kita renggang dengan pasangan. sebab ada orang lain yang lebih memahami kita lebih dari pasangan sendiri!! kenapa biarkan orang lain yang tau pasal kita, kenapa tak pasangan kita sendiri! oh, ruginya anda!


good listener ke tak good listener ke, sebagai suami/isteri kepada pasangan, kita kena pupuk diri supaya boleh jadi pendengar setia, sekurang-kurangnya pada pasangan kita. susah sangat ke?


Berkenaan soalan No 3.

Ini pun satu hal, pasal berhubung dengan EX semula, setelah kita kahwin dengan pasangan suami/isteri. lain orang lain pendapat, ada yang tak kisah pun berhubungan dengan EX sebab sekadar dalam twitter saja, atau FB saja. alasannya sebab Boleh kontrol.

tapi bagi saya, boleh kontrol ke, tak boleh kontrol ke, tak usahlah dimulakan! takda apa yang rugi kan? anda dah pun ada pasangan yang anda cintai hingga hujung nyawa, penting sangat ke nak berhubung dengan EX anda?


Bukanlah tak boleh berhubung tu maknanya sampai kena berperang bergaduh, bersantau2 dengan EX. Saya yakin kebanyakan hubungan yang lepas dah diselesaikan/didamaikan dengan baik dan aman, dah memaafi antara satu dengan lain kan. Maksud saya sekarang ni, just tak payah berhubung. sebab bagi saya takda sebab. macam takda kawan lain yang nak dihubungi kan.


title "kawan" bagi saya takkan terpadam. ini bukan kes budak sekolah sikit2 merajuk terus tak kawan orang ni, tak kawan orang tu. ini cerita kehidupan. disebabkan org tu kita dah kenal, haruslah memang kawan kita, cuma takpayah berhubung, btakda kena mengena dengan putuskan silaturrahim, boleh? make sense?


apasal saya kurang setuju? SEBAB dari situ boleh timbul benda2 yang tak sepatutnya. nak nak pulak besfren kita sememangnya EX kita dulu. bila dah EX ni, faham2 lah, perasaan ni, hati ni mudah sangat berubah. mudah sangat fikiran ni nak teringat kembali kisah2 lama dulu. cemana caringnya dia, good listener nyer dia. saya tak kata lah semua, ada orang yang mungkin boleh kawal dan sentiasa beringat. tapi bagi saya, untuk diri saya sendiri, saya elakkan perkara tersebut 110%. saya takkan biarkan ianya dimulakan! boleh control ke, takboleh control ke, lain cerita.

cerita lepas, biarkan lah lepas. tak payah dikenang, tak payah diungkit, tak payah nak beza2kan pasangan kita dengan senarai top 10 girlfren/boyfren kita dulu. Allah dah tentukan jodoh kita dengan pasangan skrg, berusahalah untuk jadi teman, pasangan, kawan baik atau apa saja tittle dengan pasangan sendiri! usaha ok, USAHA!

kita sendiri dah dimiliki orang, entah2 EX kita dulu pun sama. dia dah berkahwin dan beranak pinak, manis ke kalau masih bertwitt2, nak terkenang2 kisah dulu? manis ke rupanya kalau nak bercontact2 dengan suami/isteri orang walaupun yang pernah kita sayangi satu masa dulu?

Berkenaan soalan No-4

Dasar perkahwinan! pada saya tak timbul pasal dasar ni. sebab, tak kisahlah atas dasar suka sama suka, atau dasar paksa rela. setelah anda diijabkabul dengan pasangan, maka anda harus berusaha menjadi pasangan yang terbaik untuk pasangan anda, bukan lagi terbaik kepada EX2 anda semua!

bagi yang dipaksa atas pilihan keluarga, sudah2 lah kisah lama tu, jangan dikenang. yakinlah bahawa jodoh Allah kurnia tu adalah yang terbaik untuk kita dan pasti ada hikmah disebaliknya kenapa jodoh kita bukan dengan orang yang kita dah kenal 10 tahun tu. berdoalah supaya EX2 kita tu semua juga bertemu jodoh dan bahagia dengan haluan masing-masing. fullstop.

bagi yang memang suka sama suka, bentuk dan kukuhkanlah kasih sayang dalam keluarga, belajarlah memahami antara satu dengan lain. nak kenal pasangan bukan sehari dua, mungkin bertahun2. jadi sekali lagi, berusaha lah!

p/s : salam sayang dari si buntal sorang ni kepada sang suami nun di pelantar.
kiter rindu kat abang!! ^_^


7 comments:

nurlisa said...

mokcik..mana butang LIKE aku nak klik? hehe
memang ko terer bab wok3 ni aku bagi kat hang haha

btw, tolong add blog kameyrahitamkechil.wordpress.com aku kat sidebar hang he he.

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

ciklisa syg,
hehe. sila LIKE di FB je la nmpknya, belum ada features itu di sini:P

okeh, beres, akan ku add!!:D

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

jap, btw, entry ni takde kaitan dgn ke-WOK-an, ini hanya observation & opinion shj. tak libatkan sapa2 yg aku kenal;)

Ietams said...

laman sosial yg semakin canggih & byk di zmn ini yg memain peranan menyumbang perlakuan2 sebegini

Sya Zul said...

sgt kagumas & setuju 110.5% (lebih skit ok...hihi) dgn analisis ko teha... keep it up! :)

Sitisifir10 said...

Soalan 1 - ini cinta hatiku yang pertama dan terakhir hendaknya :)))

soalan 2 - husband adlh besfren buat masa ni but i has a few jugak bff perempuan yg takleh dilepaskan

soalan 3 - mmm...sbb xde ex kan so xde la tp ada la skandal2 dulu kan tp yg tu usha2 gitu2 je la...tak sampai tegur

soalan 4 - walaupun kawin mengejut tapi ai rela you!! Kah kah kah

bagus lah entry ni..so k.pija share di http://www.facebook.com/pages/Malaysian-Mom-Bloggers/113479622052402

didot81 said...

hmm... bru jugak isu ni dibagkitkan dlm perbincangan ilmiah mingguan kitorg (dlm bln mac la tapi).. byk yg tiha sebut & huraikan tu betul. punca mcm2, dr social network ke reunion gatherings. terkejut jugak dgr kes2 ni, byk juga yg dh smpi thp bersekedudukan. kalau blum kahwin, senang kita suruh nikah. kalau dah kahwin, alahai..
sbb tu Islam sgt bataskan pergaulan lelaki perempuan. kita byk yg rs okay.. dah biasa laki perempuan jd best friends.suami or isteri kononnya dh kenal bf spouse masing2.
katalah kalau hbgn suami isteri sdg bermasalah, cr kaunselor bertauliah, bkn xbertauliah (kwn sekerja, ex etc). kalau xboleh nk sefahaman, cerai. itu yg lebih baik dr terus dlm perkahwinan, tp zina @ hampir zina.
nauzubillah..
well done tiha for the writing. (dah lama bru nk baca.. hehe..)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...