Social Icons

Monday, November 1, 2010

relakan daku

Relakan daku meroyan lagi. Komunis dah habis menjajah dah tapi still jugak angin royanan tak reda malah makin bertambah.

Saya dah agak dah minggu ni pasti akan jadi minggu yang sibuk dengan macam2 hal kat opis. Tak tau mana yang nak dimulakan dulu sebab seems like semua benda are URGENT walaupun ada yang NOT IMPORTANT. Mungkin saya kena buat list IMPORTANT+URGENT / IMPORTANT+NOT URGENT / NOT IMPORTANT –URGENT / NOT IMPORTANT+NOT URGENT kot.

Oleh itu sila relakan royanan oleh hamba ini, sapa taknakbaca toksah baca, takda paksaan, huhu.

a) Projek CLA monoclonal dengan boss besar : boss besar dah datang 2 kali ke lab untuk buat sendiri eksperimen tu, kata beliau projek yang satu ini memang beliau nakkan ‘personal touch’ dia. Walaupun begitu malangnya saya belum ada peluang nak jengah belajar dan buat sekali dengan boss. SEBABB ? sebab saya diamanahkan uruskan benda yang NOT IMPORTANT but URGENT.

DATELINE yang boss kasi : “end of November saya nak mesti dah ada hybridoma “(tapi myeloma pun tak ready lagi by now okehhh)

b) Writing of the H5N1 monoclonal & BTV AGID paper : oh sesungguhnya sehuruf pun saya belum mula menulis walaupun eksperimen sudah berjalan nak sampai penghujung dan results pun alhamdulillah mampu menggembirakan hati boss.

Kesimpulan di sini : teha kau tak fobia ke nanti bos tanya “where is your work? Where is your paper?”

DATELINE yang boss kasi : dateline hari2 sebab hari2 boss tanya. Hahahaaaa.

c) Administration (SKT / KPI Unit ) : bila dah jadi gile kuasa macam saya haruslah kena buat SKT KPI untuk unit yang tersayang, nasib baik staff ada 6 orang saja dan skop kerja more on research, tidak on diagnosis macam unit lain. Boss letak dateline 15 November 2010, tapi saya baru achievement update hingga September saja, bulan oktober belum diterjah lagi.

DATELINE yang boss kasi: 15 November 2010

d) MS ISO IEC (2005) 17025 : hamikkk, ai letak nama penuh lagi. bagi sesiapa yang taktau apa kejadahnya menatang tulisan panjang2 tu, ia ialah system kualiti untuk laboratory (to be specific veterinary field) dan amat memeningkan kepala saya. Since kami semua buat keputusan untuk undur diri dalam 1st application, makanya kena workhard untuk 2nd application ni.

DATELINE yang boss kasi : kata beliau “hujung tahun ni pastikan semua ready dan kita boleh apply secepat mungkin”

e) R&D report 2010 : bunga bunga cinta dah berputik bila coordinator r&d tersayang menyebut2 tentang report yang lazimnya dihantar hujung hujung tahun begini. Bahangnya sudah terasa bila beliau dah mula ingatkan saya supaya compile itu dan ini. Lepas compile nampaknya kena memerah otak buat segala rumusan bagai untuk menamatkan 2010 dengan jayanya.

f) Rombongan cik kiah ke hatyai & songkhla pulak Alhamdulillah banyak yang dah sempurna selepas dingdong di sana sini. Saya kecut perut bila boss kata “ I hope all 3 of you can make this trip successful” dan saya hanya mampu cakap “insyaAllah” . Harap hujung bulan ni trip berjalan dengan lancar dan yang penting selamat semuanya.

g) Sebagai pemantau kepada mandor2 di bawah kawasan seliaan saya, ai seharusnya buat meeting untuk tahu apa masalah mereka, malangnya tak berkesempatan lagi. pelik tak researcher kena pantau mandor buar kerja? Bukan mandor saja memadai untuk memantau keseluruhan perjalanan kerja2 sokongan kah? sebab tu namanya MANDOR kan? kan??

p/s : en.rizal, boleh tak saya bawak "sikit" kerja balik ke rumah? huhuhu..

2 comments:

Sitisifir10 said...

huhuhuhu...mcm tu lah kerje bawah orang...eh awak ni kerja sebagai apakah bila disebut veterinary tu rasa mau tahu pulak :P

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

huhu kak pija. ai RO cabok je yg dipostedkan to Vet. Res. Inst;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...