Social Icons

Tuesday, November 16, 2010

Aidiladha 1431H:)

Salam Aidiladha buat semua muslimin muslimat. Moga kita semua dapat memperhalusi makna tersirat di sebalik hari kebesaran umat Islam yang satu ini. Marilah kita memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Pada 10 Zulhijah ini juga telah berlakunya pertemuan Adam dan Hawa di Arafah (Jabal Rahmah) setelah dikeluarkan dari syurga.

Bagi sesiapa yang mampu pula, bolehlah menunaikan ibadah qurban.

"Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)



InsyaAllah pejabat kami akan laksanakan gotong royong sesama staff bagi menyempurnakan ibadah qurban ini pada 13 Zulhijjah akan datang (Jumaat). Dengarnya insyaAllah 3 ekor lembu bakal dikerjakan bersama-sama. Tahniah kpd Persatuan Kebajikan Islam VRI (PKI) kerana rasanya sejak saya join VRI tahun 2005 dulu belum pernah setahun pun PKI missed anjurkan qurban di VRI ni. Makin ramai penyertaan setiap tahun, alhamdulillah:)

Moga ibadah qurban ini dapat merapatkan kita dengan pencipta;)

p/s : tak lama lagi dah nak masuk muharam 1432H, cepatnya masa berlalu.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...