Social Icons

Monday, August 4, 2014

coffee lover : fresh milk

Bismillah. Entry yang sebelum ni tentang pengenalan kepada kopi dan dah janji nak tulis pasal pilihan biji kopi dan susu segar. InsyaAllah dalam entry ni saya kongsikan okeh :) 

Setakat ini, jenama susu segar yang dah pernah kami cuba ialah ; 
1. Good Day - bagi saya yang kurang gemarkan susu, susu ni berbau "maung" nak nak lepas di'stimkan. bau maungnya memang naik. harga sekitar RM 12 - 13 untuk 2 liter. depends jugak beli di kedai mana. 
2. Dutch Lady - kurang bau susu atau lembu, hehe. biasanya 1 liter RM 7.60 hingga RM 8.50 
3. F&N Magnolia - kurang bau, ada sikit manis. harga tak ingat. 
4. Farm Fresh - bagi saya tekstur macam pekat sikit, ada bau sikit tapi tak sekuat yang No 1 di atas. Harga 2 Liter RM 14 rasanya. 
5. Farm House - bagi saya dan suami, yang paling menepati citarasa setakat ini. takda bau susu, tak manis, harga lebih kurang sama. RM 8.50 untuk 1 liter. 

dari kiri : Farm House, Farm Fresh, F&N Magnolia 

Dutch Lady 
Good Day 
Kegunaan kami, 1 Liter boleh guna untuk 5 - 6 cawan kopi. Kerap buat kopi, cepatlah habis susu. Hihi. 

Bagi jenama yang ada packaging 2 Liter, dah tentu lebih untung beli 2 liter berbanding beli sebotol2. Expiry date untuk susu segar kebiasaannya dalam masa 2-3 minggu. Jadi janganlah beli stok sampai 1 dozen, beli setiap minggu atau 2 minggu sekali untuk pastikan kesegaran susu segar anda:) 

Itu saja review yang tak seberapa. Tapi saya rasa badan baik sikit sejak minum susu segar walaupun bersulamkan kopi. Tidur lena. Badan segar, tak dehydrated.


Salam kopi!

4 Ogos 2014 : 8 Syawal 1435H
6:41 petang 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...