Social Icons

Monday, August 4, 2014

coffee lover : coffee bean = biji kopi

Bismillah. 

Berbalik kepada tajuk di atas dan 2 entry sebelum ni pasal jenis kopi dan pilihan susu segar. Entry ini pula nak berkongsi pasal beberapa jenis kopi yang kami dah cuba. Sebelum tu, jangan tanya pasal boikot tak boikot. InsyaAllah saya akan sedaya upaya boikot jenama yang menyokong puak zionis, sedikit demi sedikit akan buang dan kikis. Stok kopi memang dah ada dalam rumah ni, dan dalam kad Starbak jugak masih ada baki. Selesai saki baki ni nanti kami akan beralih arah. Salah satu sebab sanggup beli mesin kopi juga adalah supaya tak bergantung pada kopi starbak tu, selain dari sebab mahal. Masih banyak pilihan biji kopi di luar sana. 

Roast level : 
1. Light -  lebih asidik, sedikit manis, kopi yang sedikit light, 
2. Medium - balanced, gentle, ada sikit aftertaste, deep
3. Dark - strong, aftertaste yang kuat (pahit lekat pada tekak), naturally manis, pahit


Okeh. Sejujurnya, biji kopi yang kami cuba dari awal ada mesin adalah jenama starbak (T___T). 

Medium Roast : Pike Place Roast 

Medium Roast : House Blend 


Medium Roast : Brezza Blend 
coffee bean

Baik. Sedikit review peringkat amateur, bukan tahap coffee master :p 

1. Medium Roast - House Blend : biji kopi ni adalah yang kedua kami cuba selepas guna biji kopi dari Delonghi (free gift dari kedai yang kami beli mesin kopi). Kami ke starbak untuk 'coffee-tasting' dan coffee master di starbucks cadangkan House Blend ni. Kami pun beli 1 jug untuk minum di restoren, dan buat keputusan untuk cuba 1 pek. Rasanya tak terlalu pahit, tak terlalu light. Just nice. Sesuai untuk beginner. 

2. Medium Roast - Brezza Blend : pek ke tiga ni kami beli sebab nak cuba kopi yang sedikit kuat, tapi masih dalam Medium Roast. Rasanya lebih pahit, saya suka! Harganya mahal RM 10 dari House Blend. 

3. Medium Roast - Pike Place Roast : pek ke empat ni belum bukak lagi. InsyaAllah dah cuba nanti saya kongsikan reviewnya ya! 

Oh ya, kalau kawan2 belum ada mesin kopi dan nak cuba minum kopi yang segar dikisar walaupun takda mesin kopi atau mesin kopi anda takda pengisar, boleh je beli mana-mana biji kopi seperti di atas tadi dan minta kedai kopi tersebut kisarkan untuk anda. Kan dah dapat minum kopi fresh! hehe. 



Kopi kopi kopi

4 Ogos 2014 : 8 Syawal 2014
7:17pm 

6 comments:

nuridayu mohamad said...

Coffee bean tu beli kat starbuck ke ade jual kt mn2 supermarket ke

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

Nurhidayu, selain starbucks boleh beli dkt supermarket jugak, tapi s/market dekat ipoh ni mmg takda jual bean, ada yg ground saje. Atau boleh jugak survey online. Kelebihan klu ke Starbucks, kita boleh coffee-testing dlu utk tgk yg jenis kopi mana yang sesuai dgn kita. (takda la nak promote stabak sgt, cuma kami dkt Ipoh ni tak byk pilihan, huhu..]

Alias Musalmah said...

Dkt mne nk dptkn mesin cofee ni ya??

Alias Musalmah said...

Satu lgi,mcm mne nk buat cofee..sbb sy tertarik sngt dgn business cofee ni

Alias Musalmah said...

Satu lgi,mcm mne nk buat cofee..sbb sy tertarik sngt dgn business cofee ni

Alias Musalmah said...

Dkt mne nk dptkn mesin cofee ni ya??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...