Social Icons

Tuesday, July 1, 2014

dalam pada mandomm

Assalamualaikum reader:) 

Macamana pengalaman puasa korang, dah masuk hari ke-3 pun dah ni. Harap semua sihat dan bersemangat dalam menunaikan ibadah2 dalam bulan yang penuh berkat ni. Sejak semalam, saya jadi mandom semacam. Emosi pun tak berapa nak stabil. Bulan mengambang tu satu hal, tapi ada satu macam perasaan, sensitif sangat jiwa raga. Syahdu je rasa. Alahai hatii...! 

Sebenarnya ada sesuatu yang terjadi. Mode suspend la konon. Tak berapa nak menjadi di situ:p 

Oklah, sebenarnya pasal kerja. pasal pangkat. pasal nama. Lain orang lain visi dan misi nya. Lain orang lain strateginya. Ada yang fikir penat bekerja harus dibalas dengan pangkat yang setaraf. Ada yang penat bekerja terasa puas walaupun belum rezeki dinaikkan pangkat, lebih suka low profile. Ada yang fikir buat apa aku kerja susah-susah, gaji bulan-bulan dapat banyak itu jugak. Ada segelintir yang bersifat kompetetif, ada yang opportunist, ada yang aggresif, ramai yang optimis. Begitulah, kita kerja dalam sesebuah organisasi, bekerja dengan ramai orang, melibatkan banyak perasaan, banyak sifat dan sikap yang sangat variati. Saling melengkapi. 

Apapun visi, misi, matlamat dan strateginya, biarlah yang sihat. Elakkan untuk mencapai misi, hingga terpaksa memburuk atau menjatuhkan rakan yang lain. Tiada salahnya hendak menonjolkan diri tapi, tapi bukan dengan cara menekan / mencari kelemahan orang lain. Mintalah dijauhkan dari sikap ni :((( 

Macam saya tulis di atas tadi. Perjalanan ini akan ke satu fasa yang baru. Baru bermula. Alhamdulillah atas kurniaan dariNya. Bukan tidak bersyukur, cuma yang ingin saya kongsikan di sini adalah perasaan yang bercampur baur. Gementar, takut, tidak bersedia dan rasa belum masanya lagi. Yang paling terkesan dan buat saya runsing adalah gusar tidak mampu mahu memikul amanah yang diberikan. Akhir-akhir ni kerja pejabat sangatlah banyak. Kalau dengan apa yang sedang diusahakan sekarang pun dah tak tertanggung rasanya. Inikan pula kalau tugas bertambah. Migrain sokmo lah jawabnya! Huks! Mudah-mudahan diberikan kekuatan untuk menjalankan amanah yang diberikan. Ianya juga satu ujian. 

Perkara kedua, adalah pasal buat salah. Kita manusia yang pada normanya tidak terlepas dari buat kesalahan. Pendosa. Yer, Fynn Jamal suka sangat dengan perkataan Pendosa. tepat sangat kan. saya banyak belajar dengan apa yang telah jadi di sekeliling, secara langsung terjadi pada saya atau tidak, tidak mengira siapa dan tempat bagaimana seseorang memberikan reaksi apabila diletakkan dengan suatu kesalahan atau pertuduhan.  Memang, bukan senang nak mengaku kesalahan sendiri dan amat senang hendak menunding kepada orang lain, hingga ada yang amat sukar nak ungkap "maaf". Fuhh, memang tabikk spring pada yang mampu berbuat demikian. Respect! Memohon maaf bukan bererti salah, atau kalah. 




Moga Allah lembutkan hati-hati kita semua untuk sentiasa mengakui kesalahan dan kesilapan untuk membolehkan kita mudah memohon maaf sesama manusia dan memohon taubat dari Allah, kerana apabila kita sentiasa kita rasa diri ni sempurna, tidak buat salah, bererti kita semakin lupa menagih taubat dari Allah dan macamana nak berubah ke arah yang lebih baik kalau rasa diri terlalu sempurna? 

Saya amat berterima kasih dengan facebook. Sebab? Sebab dari FB saya berpeluang "berjumpa" orang-orang hebat, ilmuan, ornag yang luar biasa yang berkongsikan motivasi, peringatan dan ilmu walaupun dengan sekeping gambar macam gambar-gambar kat atas ni. 

Korang doalah supaya saya terus dengan entry-entry begini berbanding entry berbentuk royanan. Dalam pada mandom, 6,7 paragraph jugak kau membebel teha, hihi :p



rumah semanis rumah
1 Julai 2014, 3 Ramadhan 1435H
11:25pm 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...